ENAM remaja dan kanak-kanak lelaki cemas apabila terperangkap di atas batu di tengah Sungai Batang Labu Batu 9 dekat, Kampung Tebing Tinggi, Nilai, Negeri Sembilan pada Ahad petang.
Mangsa dikatakan bermain di kawasan berbatu sungai berkenaan sebelum hujan lebat yang menyebabkan arus deras.
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, Bakarya Mohd Salleh dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 5.09 petang dan sepasukan sembilan anggota ke lokasi.
BACA LAGI: Pengeluaran Akaun 3 minimum RM50 sehari, lebih RM250 perlu proses e-KYC
BACA LAGI: Scammer turunkan iklan, keluarga seniwati Sarimah Ahmad ucap rasa syukur
"Turut membantu tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pelegong.
"Seramai enam mangsa membabitkan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, tiga remaja berusia 14 tahun dan dua lagi berusia 16 serta 17 tahun yang terperangkap di atas batu sungai akibat arus deras atau kepala air," katanya kepada pemberita.
Menurutnya, anggotanya menggunakan teknik penyelamatan 'high line technique' untuk membawa keluar mangsa ke tempat selamat dengan menggunakan jaket keselamatan.
"Kesemua mangsa berjaya diselamatkan pada 6.40 petang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram