PENGELUAR bola rasmi bagi perlawanan akhir Piala FA, Activesports memohon maaf terhadap orang ramai berhubung isu kalimah ALLAH yang diletakkan di bola berkenaan.
Ini berikutan adanya tulisan 'Dipelihara ALLAH' di logo Selangor FC yang disertakan di produk mereka sehingga membuatkan orang ramai mempersoalkan sensetiviti mereka.
"Kami dari pihak Activesports cakna atas sensetiviti dan memohon maaf akibat kekhilafan. Suara anda penyokong ke-12 sangat penting buat kami yang juga perlukan sokongan anda," tulisnya menerusi hantaran di Instastory.
BACA LAGI: Bekas pemain JDT mahu final Piala FA jadi landasan erat hubungan baik penyokong
BACA LAGI: Sesungguhnya ‘pemain bukan mesin’ itu benar, AFF tangguh tarikh sepak mula Piala Asean
Tulisan jawi 'Dipelihara ALLAH' kelihatan di logo Selangor FC.
Pada masa sama, Activesports turut menggantikan logo kedua-dua finalis dengan nama kelab masing-masing.
Sejak diperkenalkan, bola tersebut menjadi tumpuan dalam kalangan peminat, termasuk dari peminat Johor Darul Ta'zim (JDT) yang tidak bersetuju dengan perkara itu.
Bagi mereka, pengeluar serta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebagai penganjur sepatutnya lebih cakna akan perkara itu kerana kalimah ALLAH tidak boleh dipandang ringan.
Malah, ada juga yang mendesak supaya logo Selangor FC tidak diletakkan pada bola rasmi berkenaan bagi menjaga sensitiviti semua pihak, termasuk dalam kalangan penyokong.
Bagaimanapun, dengan Activesports sebagai pengeluar sudah mengeluarkan permohonan maaf, ini sekali gus membuatkan orang ramai berpuas hati dengan tindakan pantas mereka.
Selangor FC bakal berdepan JDT dalam perlawanan akhir Piala FA 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu dengan puluhan ribu penyokong dijangka membanjiri venue perlawanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram