BUAT individu yang mudah berasa geli, menjalani sesi rawatan refleksologi pastinya dianggap cabaran kerana khuatir tidak mampu menahan kesan urutan.
Sebenarnya, rawatan refleksologi yang dikendalikan pakar terapi tidak memberikan kesan geli pada tapak kaki kerana ia dilakukan dengan kaedah betul.
Rawatan refleksologi membantu memberikan pengaruh terhadap fungsi anggota badan khususnya yang bermasalah.
BACA LAGI: Terpaksa berhenti kerja jaga anak, saintis lebar sayap terokai bidang kosmetik
Rawatan yang dikendalikan pakar terapi tidak memberikan kesan geli pada tapak kaki kerana dilakukan dengan kaedah betul.
Ini disebabkan refleksologi menumpukan pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit dengan cara menekan titik pusat urat saraf berhubung dengan organ badan, selain membantu merangsang pengaliran darah.
Pengaliran darah yang normal adalah penting untuk membantu kesihatan seseorang kekal berada dalam keadaan optimum.
Menjelas lanjut, Pembantu Pengurus Kawasan, Qi Odyssey Sdn Bhd, Ivy Hee berkata, ahli terapi berpengalaman memberikan perkhidmatan rawatan refleksologi mengikut tahap toleransi setiap pelanggan.
Katanya, organ badan mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah tapak kaki dan urutan diberikan membantu memberi kelegaan terhadap masalah kesihatan yang sedang dialami seseorang.
"Sesi urutan memberi tumpuan kepada proses rendaman kaki menggunakan herba Cina atau pilihan pati minyak aroma untuk membolehkan kaki pelanggan berehat sebelum menjalani sesi urutan.
"Kami menawarkan empat jenis perkhidmatan termasuk urutan triple teasure, merangkumi rendam kaki hangat, refleksologi dan urutan bahagian atas badan.
"Kedua, urut kaki monk yang memfokuskan pada rendaman kaki dan refleksologi manakala urutan awan emas dan urutan awan perak adalah urutan separuh badan," katanya.
Sesi refleksologi membantu merangsang fungsi saraf dan meningkatkan aliran tenaga.
Mengulas lanjut, Ivy berkata, keseluruhan rawatan akan membuatkan tetamu menjadi cergas dan segar termasuk membantu mendapatkan tidur lebih nyenyak pada ada waktu malam.
Ujarnya, teknik urutan di pusat rawatan itu disusun khas oleh pakar dari China yang berpengetahuan luas tentang refleksologi menerusi pengalaman berdekad lamanya.
"Sesi refleksologi membantu merangsang fungsi saraf, meningkatkan aliran tenaga, meningkatkan peredaran, menyingkir toksin, membantu. mengurangkan migrain dan banyak lagi.
"Bagi mendapatkan kesihatan dan kesejahteraan diri yang baik adalah disyorkan untuk mendapatkan urutan secara mingguan, kemudian dikurangkan kepada dua minggu sekali atau sebulan sekali.
"Sesi urutan mengambil masa antara 45 minit hingga 120 minit bergantung pada kategori urutan pilihan pelanggan," katanya.
Proses rendaman kaki menggunakan herba Cina membolehkan kaki pelanggan berehat sebelum menjalani sesi urutan.
Sementara itu, suasana moden berinspirasikan alam semula jadi di segenap ruang pusat tersebut membantu meningkatkan emosi dan memberikan ketenangan kepada pelanggan.
Hidangan teh Cina pula memberikan pengalaman memanjakan diri yang menyeluruh di samping merehatkan minda dan badan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram