POLIS sedang memburu seorang suspek yang didakwa meletakkan dua biji pil merah dipercayai dadah pada motosikal milik seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Majidee, Johor Bahru, Johor.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berlaku pada Selasa lepas (20 Ogos) ketika mangsa berusia 37 tahun dalam perjalanan ke tempat kerja.
Kejadian difahamkan berlaku ketika lelaki terbabit berhenti untuk mengisi petrol di stesen minyak dan menyedari terdapat bungkusan dua biji pil merah ditampal pada bawah kotak motosikalnya.
BACA LAGI: Dadah: Yasin Sulaiman dipenjara seumur hidup, 16 sebatan
BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara tak puas hati dengan juri, gelanggang silat SUKMA kecoh dibaling botol
Dia kemudiannya terus membuang pil itu dan membuat laporan polis pada Jumaat.
Jelas Raub, sepasukan polis telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk mencari barang-barang yang dibuang tetapi gagal menemukan sebarang bukti.
Tambahnya, mangsa bekerja sebagai pengimpal di Singapura dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek terlibat.
Terdahulu, laman Facebook kecoh apabila seorang pengguna, Farizatul Firdaus memuat naik hantaran dua biji pil berwarna merah, didakwa dadah jenis methamphetamine yang ditampal pada bahagian bawah kotak motosikalnya.
Hantaran tular itu telah meraih lebih 4,000 perkongsian setakat ini. — The Star/REMAR NORDIN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram