[VIDEO] Gara-gara tak puas hati dengan juri, gelanggang silat SUKMA kecoh dibaling botol


  • Podium
  • Khamis, 22 Ogos 2024

Tangkap layar video semasa penonton membaling botol ke dalam gelanggang perlawanan.

"YA dikira jatuhan sebab lawan dapat tangkap kakinya semasa menyerang dan jatuh, keputusan pengadil betul sebab perkara teknikal susah orang nak faham."

Demikian yang cuba dijelaskan oleh pengguna Facebook, Mohd Johari Mizuhasnin selepas penyokong Sarawak tidak berpuas hati dengan keputusan daripada pengadil dalam acara pesilatan wanita SUKMA 2024.

Disebabkan tidak berpuas hati, penyokong tuan rumah telah membaling botol ke dalam gelanggang perlawanan.

BACA LAGI: [VIDEO] Jaring 102 gol sepanjang karier antara pro-kontra Nelson Bonilla sertai Terengganu FC

BACA LAGI: 'Macam lalu titian sirat', penduduk Sungai Buaya minta bina lampu isyarat di persimpangan maut

Insiden berkenaan dikatakan terjadi semasa perhitungan suku akhir kategori Bawah 45 kilogram (kg) membabitkan pesilat tuan rumah, Iman Syakilla Mahdi dan peserta Wilayah Persektuan, Nurin Alyaa Damia Mohd Masran.

Kejayaan Nurin mendahului Iman Syakilla menyaksikan pertarungan terpaksa dihentikan dan tinjauan di aplikasi SUKMA 2024 menyaksikan pertarungan itu masih lagi ditangguh.

Akibat daripada insiden berkenaan, Utusan Borneo melaporkan, jawatankuasa penganjur menghentikan perlawanan di kedua-dua arena satu dan dua bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Keputusan sama ada untuk meneruskan perlawanan atau sebaliknya akan ditentukan oleh pihak jawatankuasa pertandingan selepas perbincangan bersama.

Bagaimanapun, setakat ini difahamkan semua kontinjen diarahkan balik ke penginapan masing-masing.

Laman sesawang SUKMA Sarawak juga menyatakan bahawa perlawanan membabitkan perlawanan itu ditangguh. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram