Amaran awal KL didakwa kurang selamat, isu 'giant sinkhole' dibangkitkan sejak 2015


  • Massa
  • Sabtu, 24 Ogos 2024

Isu 'giant sinkhole' pernah disuarakan kira-kira sembilan tahun lepas ekoran pembangunan pesat di Kuala Lumpur. — Gambar hiasan/Agensi

KEJADIAN tanah jerlus di Masjid, India, Kuala Lumpur pada Jumaat telah membuka mata masyarakat betapa bahayanya pembangunan pesat di ibu negara ketika ini.

Lebih parah apabila seorang wanita warganegara India, berusia 48 tahun disyaki terjatuh ke dalam lubang di kedalaman kira-kira 10 meter di lokasi berkenaan.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang penemuan dilaporkan pihak polis dengan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang giat menjalankan operasi menyelamat mangsa.

BACA LAGI: Mangsa tanah jerlus Masjid India dipercayai dihanyut arus deras — Polis KL

BACA LAGI: 'Tolong selamatkan ibu saya', rayu anak mangsa tanah jerlus Masjid India

2875930

Bomba masih gagal menemukan mangsa terjerlus ke lubang sedalam lapan meter di kawasan Jalan Masjid India. — Ihsan bomba

Dalam pada itu, laman sosial ketika ini heboh dengan perkongsian tular seorang pengguna yang sebelum ini pernah memuat naik hantaran berbentuk amaran terhadap penduduk di Kuala Lumpur.

Aktivis dan Pengasas Save Merapoh Caves, Mohd Laili Basir pada 2015 pernah membangkitkan isu berkenaan yang menurutnya, lokasi paling tidak selamat diduduki di Malaysia adalah di Kuala Lumpur.

Jelasnya, malapetaka lubang besar (sinkhole) ataupun 'Giant Sinkhole' boleh berlaku bila-bila masa sahaja ekoran pembangunan tanpa henti dan sistem saliran huru hara di bawah permukaan tanah kota raya itu ketika ini.

"Giant Sinkhole boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa seorang dari kita pun dapat menjangkakannya. 40 hingga 60 peratus dasar Kuala Lumpur adalah batu kapur.

"Pembangunan tanpa henti, sistem saliran yg huru hara, kejadian mendapan atau pasir jerlus, pengaliran keluar air bawah tanah, bebanan melampau, pergerakan fizikal termasuk pembangunan persekitaran adalah antara penyebab kepada mala petaka ini lebih cepat berlaku.

"Sekarang ini di bawah KL sedang terbentuk gua-gua batu kapur yang besar, KL pula berada di atas bumbung gua ini dan apabila ia tidak dapat menanggung beban maka akan runtuhlah bumbung gua ini dengan membawa sekali Kota Kuala Lumpur ke dasarnya," katanya di laman Facebook pada Mei 2015.

Tambahnya, terdapat satu rahsia di mana sebuah gua besar pernah ditemukan di Cheras, Kuala Lumpur semasa proses penggalian projek laluan MRT Putrajaya atau MRT2 dijalankan.

Namun, ia dirahsiakan dan disumbat dengan bahan binaan bagi memastikan projek terowong berkenaan tidak terganggu dan berjalan lancar.

Hantaran itu kembali meraih perkongsian di laman sosial sejak Sabtu dan warganet mula mempertikaikan ciri keselamatan pembangunan di Kuala Lumpur.

Terdahulu, JBPM menjelaskan hanya seorang anggota dibenarkan masuk ke ‘manhole’ bagi mencari mangsa insiden tanah jerlus di Masjid India.

Ia ekoran terdapat gas beracun yang boleh mengundang bahaya kepada anggota untuk mencari dan menyelamat mangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram