MANGSA tanah jerlus yang berlaku di Masjid India dipercayai dihanyutkan dengan arus deras.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, mangsa yang merupakan wanita warganegara India itu dipercayai dibawa oleh arus deras bawah tanah.
Memetik laporan Astro Awani, Rusdi berkata terdapat aliran air yang deras meliputi kawasan hujung bawah tanah lokasi mencari dan menyelamat dilakukan.
BACA LAGI: Keluarga wanita terjatuh dalam 'jerangkap samar' masih berharap mangsa dapat ditemui
Usaha mencari dan menyelamat giat dilakukan namun begitu, pihak yang terlibat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu melakukan perancangan rapi.
Hal ini kerana, usaha tersebut jika tidak dilakukan dengan baik, mampu menganggu infrastruktur awam yang lain.
"Kita melakukan operasi mencari dan menyelamat ikut peringkat dan perbincangan dibuat dengan pihak Indah Water Konsortium (IWK) dan agensi berkenaan berhubung pelan (infrastruktur) sebab kita tidak boleh buat sesuka hati.
"Saya dimaklumkan jika kita buat penutupan (paip/parit), dikhuatiri mungkin akan berlaku banjir di lokasi.
"Sehubungan itu, setiap tindakan yang diambil perlulah berstrategi dan dirancang rapi demi keselamatan semua," kata Rusdi.
Mangsa sebelum ini bersama keluarganya melancong ke Malaysia sejak dua bulan lalu. Mereka dikatakan dalam perjalanan untuk pulang ke India pada Sabtu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram