SEBUAH pesawat ringan bagi penerbangan domestik terhempas pada petang Khamis sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang utama di Bangkok, Thailand.
Menurut pihak berkuasa penerbangan awam Thailand, kesemua sembilan penumpang yang berada di dalam pesawat ringan itu dilaporkan maut.
Maklumnya, pasukan penyelamat tidak menemui mangsa terselamat di lokasi nahas, di kawasan paya bakau di wilayah Chachoengsao, kira-kira 40 kilometer dari lapangan terbang tersebut," katanya memetik laporan media antarabangsa.
BACA LAGI: Dua korban nahas pesawat terhempas di Kapar asal Johor, Pulau Pinang
BACA LAGI: Penduduk Kapar cemas, pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda
My deep[est condolences #planecrash in Bang Pakong District just after take off leaves everyone de@th #Thailand
Passengers jump out of the Plane #CristianoRonaldo #SupremeCourt #StockMarketindia #Zomato #NeerajChopra Maldives #DoSomething #Nani #NationalSpaceDay pic.twitter.com/53bAibjV7q
— lydiaapynz (@ludiaapynz) August 23, 2024
Pesawat berkenaan membawa sembilan penumpang termasuk dua juruterbang.
Jurucakap kerajaan tempatan, hasil pencarian pasukan penyelamat selama satu jam, badan pesawat yang hancur berkecai ditemui di kawasan berpaya dan sukar dimasuki.
Menurut agensi berita Xinhua yang memetik pihak berkuasa Thailand, lima rakyat China disahkan terbunuh dalam nahas yang berlaku kira-kira pukul 3.10 petang itu.
Dilaporkan, penumpang termasuk empat warga Thailand dan lima warga China termasuk dua kanak-kanak berusia 12 dan 13 tahun.
Nama-nama mangsa bagaimanapun tidak didedahkan kepada umum.
Baki mangsa yang maut termasuk dua kru kabin wanita Thailand bersama juruterbang dan pembantu juruterbang, juga warga tempatan.
Punca nahas masih belum diketahui sehingga kini. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram