KES pertama Mpox varian Clade 1 telah dikesan di Thailand, maklum Jabatan Kawalan Penyakit (DCD) pada Rabu.
DCD dalam satu kenyataan memberitau, seorang warga Eropah disahkan positif virus Mpox selepas tiba dari Afrika dan kini sedang menjalani kuarantin di hospital.
Ujian makmal sedang dijalankan untuk mengesahkan kes berkenaan tetapi pegawai percaya ia varian Clade 1.
BACA LAGI: Tawarkan pengalaman unik dan mengasyikkan antara kunci industri runcit buku mampu kekal relevan
BACA LAGI: 3PBI rangka pelan komprehensif tingkat mutu Bahasa Inggeris di sekolah seluruh negara
Mpox pertama kali dikesan pada manusia sekitar tahun 1970, di Republik Demokratik Congo. — Agensi
"Kami telah melakukan ujian dan mereka pasti Mpox dan ia pastinya bukan Clade 2," katanya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada minggu lalu mengisytiharkan wabak Mpox Clade 1b sebagai Kecemasan Kesihatan Awam dengan Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC).
Ia merupakan pengisytiharan kali kedua dalam tempoh dua tahun berikutan wabak yang bermula di Congo itu sudah merebak ke negara jiran.
Disebabkan oleh virus Orthopoxvirus, Mpox pertama kali dikesan pada manusia sekitar tahun 1970, di Republik Demokratik Congo (DRC).
Penyakit tersebut kemudian dianggap endemik kepada negara-negara di Afrika Tengah dan Barat.
Pada Julai 2022, wabak Mpox telah diisytiharkan sebagai PHEIC di beberapa negara selepas ia merebak dengan pantas merentasi pelbagai negara termasuk di kawasan virus itu tidak pernah dilihat sebelum ini.
PHEIC itu diisytiharkan tamat pada Mei 2023 selepas penurunan berterusan dalam kes di peringkat global.
Thailand menyaksikan seramai 827 kes melibatkan Mpox, semua jenis Clade 2, antara Januari 2022 dan 11 Ogos tahun ini.
Mpox Clade 1b yang lebih mudah ditularkan mendorong lonjakan kes baru-baru ini.
Tiada kes jenis clade 1 dikesan di Thailand sehingga kini.
Penyakit ini, disebabkan oleh virus yang disebarkan oleh haiwan yang dijangkiti tetapi disebarkan dari manusia ke manusia melalui sentuhan fizikal yang rapat, menyebabkan demam, sakit otot dan lesi kulit yang besar seperti bisul.
Walaupun mpox dikenali selama beberapa dekad, strain baharu yang lebih mudah ditularkan, dikenali sebagai Clade 1b, sekali gus mendorong lonjakan kes baru-baru ini.
Dahulunya dikenali sebagai cacar monyet, virus itu ditemui pada 1958 di Denmark, pada monyet yang disimpan untuk penyelidikan.
Clade 1b menyebabkan kematian dalam kira-kira 3.6 peratus kes, dengan kanak-kanak lebih berisiko, menurut WHO. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram