KEJAYAAN penerjun Sarawak, Elvis Priestly Clement merangkul pingat emas acara 3 meter (m) papan anjal lelaki dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 pada Isnin, meraih perhatian sebahagian rakyat Malaysia.
Dia pada mulanya berada di kedudukan kedua di belakang penerjun Wilayah Persekutuan, Yong Rui Jie, namun bangkit dalam baki tiga terjunan terakhirnya sekali gus memintas mata yang dikutip lawan.
Atlet berusia 18 tahun itu menewaskan Yong Rui Jie dan Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim dari Wilayah Persekutuan, masing-masing memenangi pingat perak dan gangsa dengan 388.80 dan 377.65 mata.
BACA LAGI: Shahrul Saad jadi idola, resipi rahsia bek tengah bantu Perak mara ke suku akhir SUKMA
Tengok and layanlah Sukan Sukma, tolong @hannahyeoh, or Majlis Sukan Negara.. Bagi PERUNTUKKAN utk Atlet Sarawak and Sabah. Bawak ke Semenanjung, bg facilities yg cukup. Dedahkan lebih byk International punya game.Malaysia ni kalau buat betul2, Dunia pun boleh tawan. So pleaselah pic.twitter.com/unvwfl3Qwy
— Irsa Benzema (@ddmarcella67) August 19, 2024
Persembahan cemerlang ditonjolkan anak jati Sarawak yang juga atlet pelapis kebangsaan itu turut dikongsikan menerusi media sosial, sehingga menjadi bahan bualan warga maya.
Melihat prestasi atlet-atlet dari Sabah dan Sarawak yang semakin membanggakan, rata-rata mula menyuarakan pandangan agar pihak berkaitan menyediakan peruntukan sepatutnya kepada golongan berkenaan dan tidak hanya memberi fokus kepada atlet dari Semenanjung semata-mata.
Menurut seorang pengendali laman X (Twitter) dengan nama akaun @ddmarcella67, dia berpendapat bahawa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh seharusnya memberi pendedahan dan kemudahan yang terbaik buat atlet Borneo menjalani latihan bagi mengasah bakat mereka.
"Tengok and layanlah Sukan SUKMA, Hannah Yeoh atau Majlis Sukan Negara (MSN) beri fasiliti yang cukup dan dedahkan (mereka dengan) lebih banyak perlawanan di peringkat antarabangsa.
"Malaysia ini kalau buat betul-betul, dunia pun boleh tawan," ciapnya pada Isnin.
Persembahan cemerlang anak jati Sarawak yang juga atlet pelapis kebangsaan itu turut dikongsikan menerusi media sosial.
Bagi @aliffmdnoh pula, dia berpandangan bahawa Sabah dan Sarawak memiliki ramai atlet berpotensi, namun layanan yang diberikan dikatakan selalu berat sebelah.
Malah dakwanya, pihak terlibat tidak menyediakan perancangan dan pelaksanaan yang sesuai untuk golongan berkenaan.
Sementara itu, ujar @znxxncn, ramai anak muda terutamanya di kawasan pedalaman mempunyai potensi untuk ke hadapan, tetapi gagal diberikan peluang setimpal atas faktor ekonomi.
"Disebabkan faktor ekonomi dengan (tiada sokongan) besar, maka mereka tidak dapat peluang tersebut," katanya.
"Wah ramai rupanya atlet Sarawak bagus-bagus, tapi kenapa tidak diketengahkan, kenapa fokus kepada atlet Semenanjung sahaja?" soal @kakakezza.
Untuk rekod, selain Elvis Priestly, Sarawak menyapu kesemua dua pingat emas ditawarkan pada hari pertama akuatik SUKMA Sarawak membuka tirai apabila Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj-Nurul Farisya Alia Affendi mengungguli 10m platform seirama wanita. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram