[VIDEO] Selit selipar tengah-tengah pintu rupanya punca 2 budak terperangkap 9 jam dalam lif di Desa Petaling


  • Tular
  • Rabu, 21 Ogos 2024

Dua kanak-kanak lelaki berkenaan ditemukan dalam keadaan selamat.

DUA kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di sebuah pangsapuri di Desa Petaling, Kuala Lumpur pada Isnin ditemui terperangkap dalam lif lebih sembilan jam.

Kedua-duanya, Faiq Adiwira, 11 dan Muhammad Harith Absyar, 10, ditemukan melalui pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) oleh pihak pengurusan pangsapuri.

Berdasarkan perkongsian di media sosial, kanak-kanak berkenaan dipercayai keluar rumah untuk membeli kuih pau kira-kira pukul 2 petang, namun mereka masih belum pulang selepas 7 petang.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Aura' pesilat SUKMA Perak lain macam, siap 'make up' nampak seram

BACA LAGI: [VIDEO] Main rally panjang, atlet badminton Borneo bagai bersaudara, 'luang masa' di gelanggang SUKMA

Rakaman awal yang tular memaparkan dua kanak-kanak itu tertidur di dalam lif tersebut selepas terperangkap dalam tempoh yang agak lama.

Bagaimanapun pada Rabu, tular satu lagi rakaman CCTV berserta penjelasan daripada pihak pengurusan lif berhubung kejadian tersebut.

Menerusi laporan itu, lif berkenaan dikatakan berfungsi dengan baik dan tidak berlaku sebarang kerosakan.

2

Kedua-dua kanak-kanak lelaki itu ditemukan melalui pemeriksaan CCTV oleh pihak pengurusan pangsapuri.

Namun, tindakan dua budak lelaki itu yang meletakkan selipar ditengah-tengah pintu lif beberapa kali menyebabkan sistem auto-lock diaktifkan dan lif terus terhenti.

"Di sini juga dilampirkan gambar kanak-kanak tersebut merosakkan lif sehingga tidak berfungsi. Rujukan gambar dan video disediakan sekali," maklumnya.

Satu rakaman CCTV menunjukkan perbuatan mereka cuba merosakkan lif dengan tindakan vandalisme tersebut turut dikongsikan di media sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram