SEORANG mangsa perahu karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit di Lundu, Sarawak ditemukan lemas pada Rabu.
Mayat pelajar lelaki itu, Vilkie Wilson, 15, ditemukan terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 11.58 pagi.
Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii dilaporkan berkata, pencarian masih diteruskan untuk mengesan dua lagi mangsa iaitu Alsma Jithil, 14, dan Helena Fasha Petrus, 17.
BACA LAGI: [VIDEO] Main rally panjang, atlet badminton Borneo bagai bersaudara, 'luang masa' di gelanggang SUKMA
@kolvincoren #perahutambangkaram#selampit@othman @willjihem ♬ Sad Music - Max-Music
“Mayat mangsa (Vilkie) ditemui terapung pada jarak kira-kira 10 meter dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya memetik laporan The Star.
Dalam kejadian pada 6.10 pagi Selasa, seramai 15 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senibong, seorang pelajar SMK Lundu dan empat penduduk kampung termasuk pengemudi menaiki perahu tambang.
Operasi SAR untuk mencari dua lagi mangsa masih giat dijalankan.
Semasa kejadian, bot yang dinaiki 20 orang penumpang itu tiba-tiba karam di tengah sungai dalam keadaan air pasang, manakala jarak di antara Kampung Selampit dengan jeti di seberangnya adalah kira-kira 80 meter.
Difahamkan, insiden tersebut berlaku disebabkan perahu terlebih muatan dan usaha mencari ketiga-tiga mangsa masih diteruskan dengan kekuatan 55 anggota terdiri daripada pasukan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram