Tawarkan pengalaman unik dan mengasyikkan antara kunci industri runcit buku mampu kekal relevan


  • Bizz
  • Ahad, 18 Ogos 2024

Yuet Sheng menegaskan bahawa kemerosotan mendadak jumlah kedai buku pada 2018 disebabkan perubahan strategi beberapa kedai buku khususnya untuk memenuhi segmen pembaca bahasa Melayu yang semakin meningkat. — Gambar hiasan

SEBELUM wabak Covid-19, kedai buku di seluruh negara sudah berdepan beberapa siri penutupan termasuk rangkaian syarikat gergasi.

Pada 2018, jumlah kedai buku ditutup direkodkan dua kali lebih banyak berbanding yang baru dibuka, iaitu masing-masing lapan pembukaan dan 16 penutupan.

Susulan daripada itu, pandemik Covid-19 dikatakan hampir menjadi penamat kepada industri peruncitan buku Malaysia, kerana 2020 menyaksikan penutupan kedai buku meningkat tiga kali ganda berbanding bilangan pembukaan baharu.

BACA LAGI: 'Ada kutuk, perlekeh', pensyarah ADTEC Pahang buktikan inovasi bantu OKU beri pulangan RM80,000

BACA LAGI: Sakit kulit dihidapi jadi ilham Sarah bina Cuura, muncul jenama produk kulit sensitif dipercayai pengguna

Selepas nyaris terkorban akibat penularan itu, industri buku turut berdepan ancaman ekoran kemunculan pendigitalan buku dengan terhasilnya buku elektronik (eBook) dan buku audio yang semakin mendapat perhatian di Malaysia.

Bagaimana masa depan industri peruncitan buku negara?

Bercakap kepada StarBizWeek, Presiden Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA), Keith Thong Yuet Sheng berkata, meskipun pembacaan eBuku dan buku audio di Malaysia semakin meningkat, ia kekal kecil dalam pasaran pengguna berbanding buku fizikal.

Penjualan eBook dalam pasaran pengguna kekal sederhana, katanya dan menganggarkan ia kurang daripada 10 peratus.

Yuet Sheng menambah jumlah jualan yang rendah adalah disebabkan perpustakaan awam yang menyediakan akses percuma kepada buku digital untuk semua.

Tambahan pula, katanya, peratusan pengguna yang sanggup membayar untuk eBook di rantau ini kekal rendah.

The Popular bookstore outlet on the second floor or Komtar that will operate on its last day on Nov 28 and close on Nov 29.( October 28, 2021 ). — CHAN BOON KAI/The Star

Pada 2018, jumlah kedai buku ditutup direkodkan dua kali lebih banyak berbanding yang baru dibuka. — Gambar hiasan

Oleh itu, menurut beliau, jualan buku digital adalah kurang signifikan kerana aktiviti utama untuk buku digital kebanyakannya membabitkan jual beli antara perniagaan ke perniagaan.

Yuet Sheng menegaskan bahawa jualan buku digital terutamanya didorong dan dibiayai oleh kerajaan untuk institut pengajian tinggi awam dan swasta.

Sementara itu, beliau juga menjangkakan bahawa pemain utama dalam buku audio bakal membuat pelaburan besar melabur dalam pasaran, kerana kemajuan pesat kecerdasan buatan suara akan membantu mengurangkan kos pengeluaran bagi bahan berkenaan.

Memandangkan dinamik pasaran yang berubah, Yuet Sheng berkata, peruncit buku perlu menyusun semula model perniagaan mereka untuk mengekalkan keuntungan.

Beliau turut menegaskan bahawa kemerosotan mendadak jumlah kedai buku pada 2018 disebabkan perubahan strategi beberapa kedai buku khususnya untuk memenuhi segmen pembaca bahasa Melayu yang semakin meningkat.

Menurut Yuet Sheng, kedai buku juga merekodkan penurunan kerana terdapat kejatuhan jumlah pengunjung berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 2020 hingga 2021.

“Pada 2021, ekonomi mula berkembang semula di mana kedai buku baharu mula beroperasi dan berlaku penjenamaan semula,” tambahnya.

Bagi memenuhi keperluan pengguna dengan kepelbagaian dan pilihan buku yang lebih meluas, beliau berkata, banyak kedai buku mengubah suai model perniagaan mereka dengan menggabungkan cawangan yang lebih kecil menjadi kedai buku lebih besar.

Antara syarikat terbabit adalah MPH Group Malaysia Sdn Bhd dan beberapa jenama tempatan, yang membuka kedai utama untuk menjadi pusat sehenti bagi memenuhi segala keperluan pengguna.

452843430_989761199613443_926784304519329644_n

Presiden MBA, Keith Thong Yuet Sheng (kanan). — MBA

Yuet Sheng berkata, menjelang 2022 hingga 2023, lebih banyak kedai buku mula berkembang dengan pesat, dipacu oleh jualan yang semakin meningkat.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan trend penurunan kedai buku selepas pandemik Covid-19 sebenarnya antara lain disebabkan tindakan pemain industri yang tidak cukup pantas beralih ke pasaran digital.

"Kedai-kedai ini berkemungkinan cuba menggunakan kaedah menjual buku lebihan pada kos rendah (melepaskan stok secara perlahan-lahan)," kongsinya.

Tambah beliau, pada waktu itu, rata-rata peruncit buku juga dilihat ketinggalan di belakang syarikat lain yang mula bergerak mengikut keperluan semasa termasuk dengan membuka cawangan baharu di lokasi berbeza di dalam negara.

Di sebalik persekitaran operasi yang mencabar, beberapa pemain tempatan dan asing masih mencari peluang untuk mengembangkan jenama mereka di Malaysia.

Sebagai contoh, rangkaian kedai buku Jepun, Tsutaya Books dan rangkaian kedai buku Taiwan Eslite, misalnya mula menampakkan kehadiran mereka di Malaysia sejak tahun lepas.

Menurut Yuet Sheng, usaha untuk mengembangkan industri buku berada dalam perancangan rangkaian kedai buku tempatan dan asing pada tahun-tahun akan datang.

.

Tsutaya Books merupakan antara rangkaian kedai buku Jepun yang mula menapak di dalam negara selepas tempoh pandemik Covid-19.

Beliau turut menyatakan bahawa pemain besar seperti MPH, dan Popular Book Co (M) Sdn Bhd kini dilihat sudah membuat kemunculan semula bersama Tsutaya dengan membuka cawangan baharu.

Sebagai contoh, katanya, Tsutaya dilaporkan bakal membuka cawangan baharu kedai buku mega pada tahun depan manakala MPH pula akan melancarkan kedai buku meganya di The Exchange TRX pada Mei lalu.

Yuet Sheng menambah bahawa Popular baru-baru ini turut diambil alih oleh kumpulan pelaburan yang lebih besar dengan lebih banyak modal bakal tersedia untuk pertumbuhan perniagaan mereka.

Sementara itu, kemajuan yang berlaku dalam industri perbukuan negara juga tidak terhad hanya kepada kedai buku rangkaian, ini kerana ketika ini, negara turut menyaksikan kemunculan kedai buku persendirian.

Sebagai contoh, Buukshop Sdn Bhd (Books n Bobs), yang tertumpu terutamanya pada perniagaan dalam talian, berkembang dengan dua kedai fizikal berikutan permintaan yang kukuh daripada pelanggannya.

Pengasas Books n Bobs, Ang Yuen Tzai berkongsi bahawa kedai pertama syarikat itu yang mula beroperasi pada 2022, memiliki keluasan 800 kaki persegi manakala kedai keduanya, yang dibuka pada 2023 adalah hampir dua kali lebih besar.

Masa depan yang menjanjikan buat industri buku

Menurut Yuet Sheng, walaupun masih berlaku insiden penutupan, prospek industri runcit buku Malaysia kekal kukuh disokong permintaan pengguna yang berdaya tahan.

Beliau berkata, dalam tempoh pasca pandemik, industri perbukuan menunjukkan pemulihan menerusi pembukaan kedai buku baharu yang berkembang mengikut model perniagaan yang tersendiri.

Yuet Sheng menambah bahawa demografi pengguna yang lebih muda juga membentuk permintaan untuk kedai buku berorientasikan gaya hidup moden.

Namun, beliau berkata, terdapat banyak ruang untuk pertumbuhan bagi industri runcit buku Malaysia kerana ia masih dalam proses untuk membangun.

6192676906609000013

Pengasas Books n Bobs, Ang Yuen Tzai.

Sementara itu, Yuen Tzai berkata, di sebalik kemelesetan ekonomi dan pengurangan pendapatan boleh dibelanjakan dalam kalangan rakyat, industri perbukuan dijangka terus berkembang.

Beliau menyatakan bahawa bahagian tertentu dalam industri peruncitan buku akan menunjukkan prestasi lebih baik daripada yang lain, manakala sebahagiannya kekal tidak berubah.

Jelas Yuen Tzai, peruncit buku yang mendapatkan buku dari luar negara mungkin menghadapi kesukaran kerana kos penghantaran telah meningkat secara mendadak disebabkan ketegangan geopolitik.

"Kebanyakan buku terpakai kami diperolehi dalam negara, jadi ia tidak memberi kesan kepada kami," tambahnya.

Yuen Tzai berkata, permintaan untuk buku fizikal juga semakin meningkat kerana ramai pembaca lebih suka memiliki buku secara fizikal di tangan berbanding tablet digital.

Menurutnya, walaupun eBook mempunyai kelebihan seperti lebih murah dan tidak mengambil banyak ruang dalam bagasi, buku fizikal masih tidak boleh diganti kerana ciri-ciri tertentu.

6192676906609000101

Industri buku turut berdepan ancaman ekoran kemunculan pendigitalan buku dengan terhasilnya buku elektronik (eBook) dan buku audio yang semakin mendapat perhatian di Malaysia. — Agensi

"Buku fizikal menyediakan pengalaman deria di mana pembaca boleh merasai sentuhan, penglihatan dan bau.

"Tindakan membelek halaman dan bau buku menyumbang kepada pengalaman membaca unik yang tiada tandingannya dengan buku digital," tambahnya.

Yuen Tzai yang juga pengasas peruncit buku terpakai bebas berkata, pengalaman membeli-belah untuk buku juga tidak semata-mata bersandarkan kepada transaksi.

“Kebanyakan pembaca tidak hanya keluar masuk kedai; mereka cenderung untuk berlama-lama dan meneroka rak untuk genre dan tajuk baharu,” katanya.

Beliau menekankan bahawa suasana yang tenang dan interaksi antara manusia juga merupakan elemen penting dalam perniagaan runcit buku.

Baginya, ia menetapkan ruang dan pengalaman membeli-belah yang lebih intim untuk pengguna.

Oleh itu, beliau berkata, industri peruncitan buku kekal relevan selagi kedai buku terus menawarkan pengalaman unik, mengasyikkan dan memupuk semangat kemasyarakatan dalam kalangan pembaca. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram