Sahut seruan Sultan Ibrahim pastikan gejala 'makan suap' dibanteras, pegawai Mindef ditukar setiap 3 tahun


  • 112
  • Rabu, 21 Ogos 2024

Pasukan pertahanan negara bakal mengalami perubahan sistem perkhidmatan bagi memastikan gejala rasuah dapat dibanteras. — Gambar hiasan

RASUAH musuh nombor satu negara. Kenyataan itu boleh diguna pakai dalam situasi masyarakat kini apabila hampir kesemua sektor didakwa terpalit dengan kegiatan tidak bermoral tersebut.

Bukan perkara asing dalam negara, isu rasuah masih gagal diperangi kerajaan meskipun pelbagai inisiatif dan tangkapan polis pernah dibuat sebelum ini.

Kementerian Pertahanan (Mindef) misalnya pernah terpalit dengan isu terbabit apabila beberapa anggota tentera pernah ditahan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pasukan pertahanan negara tersebut.

BACA LAGI: Konflik Iran-Israel: MINDEF sedia kerah tentera jamin keselamatan pelajar Malaysia

BACA LAGI: Malaysia tidak iktiraf sebarang tuntutan terhadap Beting Patinggi Ali — MINDEF

Seramai tiga suspek berusia antara 33 dan 43 tahun pernah diberkas pegawai anti rasuah di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Februari 2017.

Menurut laporan The Star, siasatan menunjukkan penglibatan pihak ketiga dalam projek penyelenggaraan bernilai kurang RM50,000 di beberapa kem tentera dekat Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Difahamkan pemilik tanah akan mendapat komisen antara lima dan 10 peratus kerana membenarkan nama firma mereka digunakan untuk mendapatkan tender.

Lebih parah apabila pegawai tentera terbabit didapati menerima wang sogokan sebanyak RM3,000 hingga RM4,000 bagi setiap projek.

uhu

Tiga anggota tentera ditahan kerana terbabit rasuah tender penyelenggaraan pada Februari 2017.

Selain daripada isu rasuah, projek berkenaan turut menyebabkan kerugian besar kepada Mindef dan kerajaan kerana projek terbabit gagal memenuhi spesifikasi sepatutnya.

Susulan kes itu, tumpuan SPRM terhadap pegawai Mindef berhubung dakwaan salah guna kuasa semakin menebal dan sehingga kini, ia masih berterusan dipantau bagi mengekang jenayah terbabit berulang.

Namun, selang tahun berganti, isu rasuah masih gagal dikekang dan diatasi kerajaan yang kini dilihat masih berjuang mengatasi kegiatan jenayah itu.

Terbaharu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, bertitah bahawa kedaulatan dan maruah negara akan tergadai jika rasuah dan salah guna kuasa diamalkan dalam kalangan pegawai tentera.

Selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sultan Ibrahim tidak akan memberi muka kepada mana-mana pegawai ATM yang mengamalkan rasuah, salah guna kuasa dan gagal melaksanakan amanah sebagai pegawai tentera.

6206241130589306096

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, semua pegawai tentera perlu bertanggungjawab untuk menjaga disiplin setiap masa, terutama apabila memakai pakaian seragam.

Menyahut seruan itu, Mindef menurut laporan Berita Harian akan melaksanakan sistem penggiliran setiap tiga tahun terhadap pegawai kerajaan yang terbabit dalam menentukan spesifikasi dan perolehan berkaitan ATM.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementerian merancang untuk mengambil langkah itu bagi memastikan tiada pegawai berada terlalu lama di bahagian sensitif berkenaan.

"Yang penting ialah kita mengambil saranan daripada pihak kerajaan, iaitu mereka yang menentukan spesifikasi ataupun menilai, kita akan gilirkan.

"Ia supaya mereka itu tidak akan kekal lama di satu tempat sama. Maknanya, setiap tiga tahun kita akan ubah. Itulah perkara yang akan kita lakukan," katanya.

Langkah itu diyakini mampu mengekang penularan kes rasuah dalam kalangan pegawai pertahanan negara yang sebelum ini kerap terpalit kegiatan terbabit.

Tidak ketinggalan dalam menyampaikan pesanan kepada anggota ATM, Seri Paduka Baginda turut bertitah, kedaulatan dan maruah negara akan tergadai jika rasuah dan salah guna kuasa diamalkan dalam kalangan pegawai tentera. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram