Konflik Iran-Israel: MINDEF sedia kerah tentera jamin keselamatan pelajar Malaysia


  • Primer
  • Ahad, 21 Apr 2024

Konflik di Timur Tengah semakin meninkat selepas Israel pada Jumaat melancarkan serangan ke atas Iran sebagai tindak balas terhadap serangan Tehran pada Sabtu lepas. — Agensi

KEMENTERIAN Pertahanan (MINDEF) bersedia menghantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Timur Tengah bagi membantu menguruskan keselamatan pelajar Malaysia susulan konflik Iran-Israel.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, ATM sentiasa bersiap siaga jika diperlukan.

Menurut beliau, MINDEF akan berbincang dengan Kementerian Luar dan mendapatkan maklumat berhubung perkembangan semasa situasi di Timur Tengah.

"Kalau ada keperluan permohonan bantuan, MINDEF akan berikan namun buat masa ini, MINDEF tidak menerima sebarang permohonan.

"Kami akan terus berkomunikasi dan bekerjasama termasuk dengan Kementerian Pendidikan Tinggi memandangkan pelajar yang terlibat adalah di bawah kementerian berkenaan," katanya pada Program Jiwa Komuniti MADANI dan Majlis Sambutan Hari Raya MADANI di Kota Bharu, Kelantan pada Ahad.

BACA LAGI: Tiada pertukaran kerusi, calon PRK KKB dari parti penyandang — Tok Mat

2654314

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

BACA LAGI: PRK Kuala Kubu Bharu: Persaingan sengit rebut undi Melayu, pengundi India bakal jadi penentu

Israel pada Jumaat melancarkan serangan ke atas Iran sebagai tindak balas terhadap serangan Tehran pada Sabtu lepas.

Rejim Zionis sebelum ini memberi amaran akan menyerang balas selepas Iran melancarkan 300 dron dan peluru berpandu ke arah Israel pada hujung minggu lalu.

Serangan Tehran itu merupakan membalas tindakan Israel mengebom konsulat Iran di Damsyik awal bulan ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kebajikan veteran ATM, Adly berkata, terdapat 212,000 ahli yang berpencen dan tidak berpencen di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran.

Susulan itu tidak timbul ujarnya isu keciciran bantuan kepada mereka.

Kata beliau, menerusi Sistem Vibes 2.0 yang mengemas kini data golongan veteran, pihaknya akan terus membantu mereka menerusi persatuan.

Adly berkata sejumlah 27,000 daripada 41,000 veteran ATM tidak berpencen di seluruh negara menerima Bantuan Sara Hidup berjumlah RM300 sebulan berdasarkan paras garis kemiskinan pada kadar RM1,196. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram