'Semua orang ada hak fail saman', Ketua Polis KL enggan ulas isu disaman RM100 juta oleh bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM


  • 112
  • Rabu, 21 Ogos 2024

Rusdi Mohd Isa enggan mengulas lanjut berhubung saman difailkan terhadap dirinya oleh bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM.

KETUA Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa enggan mengulas lanjut berhubung saman yang difailkan bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM, Senior Asisten Komisioner (B) Datuk Mat Zaki Md Zain terhadap dirinya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa pegawai kanan lain.

Jelasnya, belum ada sebarang kenyataan boleh dibuat berkenaan isu terbabit namun beliau mengaku bahawa dirinya merupakan antara disaman.

"Saya tak boleh komen, semua orang ada hak untuk failkan saman.

"Saya antara yang disaman, semua orang ada hak untuk failkan saman atau apa-apa tuntutan di mahkamah.

"Saya tidak boleh komen lanjut pasal hal itu kerana saya pun tak terima lagi saman itu jadi kita tunggu," katanya ketika ditemui pada Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Rabu.

BACA LAGI: 'Demo Rakyat Lawan Anwar' tidak dapat kelulusan Perbadanan Putrajaya — Polis

BACA LAGI: [VIDEO] Suspek tua samun remaja dalam lif di JB ada rekod jenayah, polis rampas 3 barang termasuk seluar jean

1027914

Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani antara defendan dinamakan dalam saman difailkan Mat Zaki Md Zain.

Terdahulu, beberapa anggota PDRM termasuk 10 defendan lain difailkan saman berjumlah RM100 juta oleh Mat Zaki.

Writ saman itu difailkan melalui Tetuan Lincon & Company diketuai peguam Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon pada 15 Ogos lalu.

Selain Rusdi, plaintif turut menamakan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Abdul Jalil Hassan, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah sebagai defendan pertama hingga keempat.

Mat Zaki menerusi kenyataannya pada Selasa berkata, walaupun pihaknya dan lain-lain plaintif sudah dibebaskan dan dilepaskan daripada tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun tindakan itu diambil selepas beliau dan kesemua bekas anggota ESSCOM sebelum ini berasa terus ditekan daripada pelbagai sudut.

"Selain itu, ada antara kami dipindahkan keluar daripada ESSCOM selain ada dipindah keluar dari kontinjen Sabah tanpa sebarang justifikasi jelas.

"Walaupun kami masih dalam proses untuk pulih daripada kesan trauma disebabkan oleh tuduhan salah yang mereka buat, tetapi hal ini seolah-olah memperlihatkan kami bersalah," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram