Malaysia sokong keputusan Qatar tamatkan krisis kemanusiaan di Gaza — PM Anwar


  • Primer
  • Isnin, 19 Ogos 2024

Anwar Ibrahim ketika perbualan telefon dengan Sheikh Mohammed berhubung perkembangan terkini di Asia Barat. — Facebook/AnwarIbrahim

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan penuh Malaysia terhadap keputusan Qatar untuk mengutamakan fokus menangani krisis kemanusiaan yang teruk di Gaza.

Beliau berkata demikian susulan perbualan telefon dengan rakan sejawatannya, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani, yang juga Menteri Luar Negeri Qatar, pada petang Ahad berhubung perkembangan terkini di Timur Tengah.

Jelasnya, Sheikh Mohammed menekankan peluang penting untuk mendapatkan hasil positif dalam rundingan gencatan senjata yang sedang berlangsung antara Palestin dan Israel selain menekankan kepentingan bertindak pantas.

BACA LAGI: Kerajaan terbuka pinda akta anti lompat parti — PM Anwar

BACA LAGI: Penyertaan BRICS: Pembangkang minta kerajaan waspada matlamat politik blok perjanjian ekonomi baharu

"Bagi pihak rakyat Malaysia, saya menyampaikan penghargaan kami yang mendalam atas peranan penting Qatar dan mengesahkan komitmen kami untuk membantu dalam misi kritikal ini atas permintaan Sheikh Mohammed.

"Insya-ALLAH, saya akan segera menghubungi Presiden Iran dan wakil Hamas, seperti yang diminta oleh Sheikh Mohammed untuk memudahkan rundingan damai, menguatkuasakan gencatan senjata, dan mempercepatkan penyampaian bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin," katanya menerusi catatan Facebook pada Ahad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram