[VIDEO] Speaker Terengganu tidak cedera, kereta terbabas dekat lampu isyarat di Chendering


  • Massa
  • Khamis, 15 Ogos 2024

Tangkap layar memaparkan kereta jenis Proton Perdana yang dipandunya mengalami kerosakan dibahagian hadapan.

YANG Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Nor Hamzah terlibat dalam kemalangan selepas kereta yang dipandunya terbabas berhampiran lampu isyarat di Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9:30 malam itu, beliau cuba mengelak daripada merempuh sebuah kenderaan yang secara tiba-tiba memperlahankan kereta tetapi gagal.

Beliau bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan namun, keretanya mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita parah 8 kali ditikam di Taman Sri Muda, perompak gagal kebas apa-apa

BACA LAGI: [VIDEO] Luahan sayu isteri minta pelumba jet ski, Abdullah Abdul Mubin pulang undang sebak

Ketika kejadian, Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong dalam perjalanan memenuhi jemputan menyampaikan usrah di Marang.

Menerusi laporan Harian Metro, Mohd Nor mengesahkan kemalangan itu namun beliau tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kereta dipandunya mengalami kerosakan di bahagian depan.

"Kejadian berlaku ketika saya cuba mengelak daripada merempuh sebuah kereta yang secara tiba-tiba memperlahankan kenderaan sebelum terbabas ke kanan jalan dan melanggar pembahagi jalan.

"Pemandu kereta terbabit memberi alasan terpaksa membrek dan memperlahankan kereta dipandunya bagi mengelak seekor kucing yang melintas jalan," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Nor turut mengesahkan laporan polis sudah dibuat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram