SEORANG lelaki maut selepas terlibat dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan berat di kilometer (KM) 53.2, Lebuhraya Utara-Selatan (Arah Utara), dekat Kluang, Johor pada Jumaat.
Difahamkan, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan.
Melalui maklumat awal yang dikongsikan, beberapa orang awam yang memalui kawasan tersebut melihat mangsa menolak kenderaan Honda HRV miliknya berseorangan di lebuh raya tersebut sebelum kejadian berlaku.
BACA LAGI: [VIDEO] Wanita parah 8 kali ditikam di Taman Sri Muda, perompak gagal kebas apa-apa
BACA LAGI: [VIDEO] Luahan sayu isteri minta pelumba jet ski, Abdullah Abdul Mubin pulang undang sebak
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HRV dengan sebuah lori tangki.
“Siasatan awal mendapati SUV berkenaan secara tiba-tiba mengalami kerosakan di lorong kiri telah berhenti secara mengejut sebelum pemandunya turun untuk menolak keretanya itu ke lorong kecemasan.
“Mangsa yang berusia 48 tahun kemudiannya dilanggar oleh sebuah lori tangki yang dipercayai tidak perasan keberadaan mangsa berikutan keadaan di lokasi yang gelap selain tiada lampu jalan.
“Akibat perlanggaran tersebut, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandu lori tangki tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, ujian air kencing terhadap pemandu lori tangki didapati negatif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram