PENDUDUK di sekitar kawasan Taman Rekreasi Perigi 7 Serendah, Selangor digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita di lokasi terbabit pada Selasa.
Melalui perkongsian seorang pengguna Facebook, Shah Rul, mayat wanita berkenaan ditemui orang awam yang kebetulan berada di kawasan itu.
Individu tersebut turut memuat naik satu video memaparkan orang awam mengerumuni kawasan berkenaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Wanita parah 8 kali ditikam di Taman Sri Muda, perompak gagal kebas apa-apa
BACA LAGI: [VIDEO] Luahan sayu isteri minta pelumba jet ski, Abdullah Abdul Mubin pulang undang sebak
"Sudah jumpa mayat di Perigi 7 Serendah. Kereta si mati pun ada di kawasan tersebut," katanya.
Turut kelihatan beberapa anggota polis berada di tempat kejadian.
Difahamkan, kereta berwarna putih tersebut sudah dua hari berada di lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, dalam kejadian kira-kira 10.50 pagi itu, mayat yang berpakaian kemeja-T dan seluar jeans itu ditemukan terapung dalam keadaan terlungkup.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati mangsa berusia 48 tahun.
"Pemeriksaan mendapati tiada kesan kecederaan luaran, pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh wanita itu.
"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat pada bagi mengenal pasti punca kematian," katanya dalam satu kenyataan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram