LEBIH enam puluh rakyat Palestin yang cedera berserta ahli keluarga mereka selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara, Subang, Selangor pada Jumaat.
Mereka tiba dengan dua pesawat Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kira-kira pukul 2 petang Jumaat .
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali dan pegawai tertinggi tentera adalah antara yang figura awam yang menyambut kedatangan rakyat Palestin itu.
BACA LAGI : Dua pesawat TUDM terbang ke Mesir bawa 40 rakyat Palestin cedera dapatkan rawatan di Malaysia
BACA LAGI : PMO panggil META beri penjelasan punca turunkan kandungan berkaitan isu Palestin
Difahamkan, pesawat tersebut berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir pada Khamis dan kesemua pesakit dan mangsa kini di tempatkan sementara di hospital medan yang didirikan di sebuah hangar di pangkalan udara tersebut.
Mereka kemudiannya akan menerima rawatan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Kumpulan itu terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak berumur antara lapan bulan hingga 62 tahun.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan membenarkan rakyat Palestin yang terkesan, iaitu mereka yang cedera, wanita dan kanak-kanak, mencari perlindungan di Malaysia.
“Kami akan terus memberikan bantuan dan sokongan kemanusiaan. Kami tidak peduli dengan apa yang dunia Barat jangkakan daripada kami dan cuba untuk memutuskan negara mana kami harus mempunyai hubungan atau tidak,” kata Perdana Menteri pada perhimpunan Free Palestine pada 4 Ogos lalu.— The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram