The Star nafi siar artikel palsu dedah kontroversi Siti Nurhaliza, scammer menyamar jadi portal perdaya orang ramai


  • Massa
  • Sabtu, 17 Ogos 2024

The Star nafi menyiarkan laporan palsu berhubung dakwaan mengenai Siti Nurhaliza.

STAR Media Group menafikan menyiar artikel palsu mendakwa penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsikan tentang sumber pendapatan tambahannya dalam sebuah program bual bicara baru-baru ini.

Menerusi artikel palsu bertajuk 'Supporters gather for Siti Nurhaliza's release after scandalous interview' yang dimuat naik menerusi satu laman Facebook menggunakan nama The Star, laporan tersebut mendakwa penyanyi berkenaan secara tidak sengaja mendedahkan sumber pendapatan tambahannya dalam program Saravedi Night with Aanantha & Uthaya.

Artikel dalam laman Facebook tersebut diakhiri dengan iklan bagi tujuan memperdaya orang ramai untuk menyertai skim pelaburan dengan deposit minimum RM1,100 untuk permulaan.

BACA LAGI: Tak mudah nak hapuskan, jangan senangkan kerja scammer

BACA LAGI: [VIDEO] Influencer masuk sarang scammer di Kemboja ditahan buat 'content' palsu

@presanna3227 Macam Macam dah scam sekarang!! @Astro Ulagam @UTHAYA RAAGA @Siti Nurhaliza @Free Malaysia Today @Bernama TV @WORLD OF BUZZ Glowbae from @myskinsolutionz ♬ original sound - Presanna Gunasekaran

Laporan palsu itu turut mendakwa Siti Nurhaliza telah diminta hadir ke mahkamah atas permintaan Bank Negara dan didakwa dengan sengaja merosakkan ekonomi negara.

Star Media Group menegaskan bahawa laman Facebook palsu dan iklan skim cepat kaya itu langsung tiada kaitan dengan Facebook rasmi The Star.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang interaksi dengan halaman Facebook tersebut atau menyertai program yang dianjurkan dalam iklan itu.

The Star, yang dinamakan Reuters sebagai salah satu sumber berita paling dipercayai di Malaysia diterbitkan di laman web rasminya iaitu thestar.com.my.

Untuk memastikan anda membaca artikel sahih daripada The Star, sentiasa semak alamat halaman web untuk mengesahkan bahawa URL bermula dengan https://www.thestar.com.my/. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram