IBARAT berada di Bali, Indonesia!
Spa yang dilengkapi dengan minyak dan lufur khas itu mampu menyediakan pengalaman berurut yang luar biasa.
Annie Low Siew Nee, tulang belakang di sebalik kejayaan rangkaian spa Baliayu, yang berterusan menjadi pilihan utama warga kota yang mendambakan sentuhan urutan nusantara.
Baliayu Spa Sanctuary ditubuhkan pada tahun 2006 dengan cawangan pertama di Jalan Bangkung, Bangsar, Kuala Lumpur.
Annie Low merupakan tulang belakang di sebalik kejayaan rangkaian spa Baliayu.
Dengan populariti semakin meningkat dan pelanggan yang kembali menarik lebih ramai pelanggan baharu, syarikat itu kini beroperasi di tiga lagi cawangan, iaitu di Paradigm Mall dan 3 Damansara di Petaling Jaya serta Hartamas Shopping Centre.
Kata Annie, dia merupakan antara usahawan yang terjejas disebabkan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara sekitar empat tahun lalu.
Tidak mudah namun bukan mustahil, Annie mencuba sedaya upaya agar bisnes spanya terus bertahan, dalam masa sama dapat membayar gaji para pekerja yang setia berkhidmat dengannya.
"Bukan senang untuk mendapatkan pekerja yang memiliki kepakaran, skil, kemahiran dan kebijaksanaan dalam melayani pelanggan yang datang membawa 1,001 keinginan atau masalah kesihatan.
"Kami bantu sedaya upaya untuk memperbetul urat yang salah dan bahagian badan atau otot lenguh.
"Kerana hubungan akrab pekerja bersama pelanggan setia, maka saya akan terus menjaga kebajikan mereka (pekerja) walau dalam apa caгa sekalipun," ujarnya.
Spa itu menggunakan pati aromatik yang diadun bersama minyak zaitun berkualiti tinggi untuk memberikan pengalaman kesihatan holistik terbaik.
Bercerita mengenai urutan Bali, Annie menambah, urutan tersebut lebih tertumpu kepada rawatan detoks yang menyegarkan semula tubuh badan.
Jelas beliau, spa itu juga menggunakan pati aromatik yang diadun bersama minyak zaitun berkualiti tinggi untuk memberikan pengalaman kesihatan holistik terbaik.
Kesan julur lebih dari sekadar memutihkan kulit
Selain urutan minyak aromatik, Baliayu juga menawarkan urutan tradisional Thai, Shiatsu menggunakan tangan dan kaki.
Pakej lulur menjadi antara kelebihannya, malah ramai yang datang ke Baliayu khasnya buat rawatan sebelum dan selepas bersalin.
Lulur mampu melicinkan, membuang sel-sel yang tidak digunakan daripada kulit dan mengurangkan ketegangan pada otot dan sendi.
Ada lulur menggunakan kopi yang aromatik dikisar halus, bahkan mampu meningkatkan suasana.
Pakej lulur menjadi antara kelebihan yang ditawarkan di spa Baliayu.
la bagus untuk melancarkan aliran darah, sekali gus mengurangkan penampilan selulit.
Lulur kelapa bertujuan menghidratkan kulit lantas mencegah kekusaman dan sangat sesuai untuk kulit kering.
Teh hijau memiliki sifat antibakteria dan antiradang, melawan tanda-tanda penuaan dan mengurangkan kesan bengkak pada bawah mata. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram