‘I love you Am, bahagialah di syurga firdausi’, adik rayu henti kongsi gambar arwah Nidza Afham


  • 112
  • Khamis, 15 Ogos 2024

Mayat Nidza Afham ditemukan di jambatan Sungai Klang pada Khamis.

ADIK penyanyi Muhammad Nidza Afham merayu agar orang ramai berhenti kongsi gambar mayat abangnya di laman sosial.

Aufahanie menerusi hantaran di laman Instagram peribadinya meminta orang ramai menghormati perasaan keluarganya yang berada dalam situasi sukar ketika ini.

“Tolong, jangan kongsi gambar arwah abang saya yang ditemui ke media sosial anda.

“Sila turunkan, hormati perasaan kami sekeluarga. Terima kasih,” tulisnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Rakaman CCTV terputus sukarkan usaha jejak Nidza Afham, bapa laung azan harap anak pulang — Kakak

BACA LAGI: Penyanyi hilang lepas joging, famili hanya jumpa telefon dan dompet di jambatan Sungai Klang

Selain itu Aufa turut memuat naik beberapa hantaran berupa gambar dan video kenangan dia bersama Afham yang dipanggil Am antaranya ketika mereka masih bayi dan ketika Afham menemaninya ketika membuat persembahan.

I love you, Am. Bahagialah di syurga firdausi.

No more random and funny videos with you. No more forcing you to do cringey poses with me,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di Sungai Klang pada lewat petang Rabu adalah penyanyi Nidza Afham.

Jelasnya, mayat telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dan keluarga akan dimaklumkan dalam masa terdekat untuk pengecaman.

"Ya tadi dalam pukul 7 lebih petang ada orang memancing kawasan itu jumpa mayat. Pemeriksaan lanjut kita percaya itu adalah mayat Nidza yang dilaporkan hilang pada Selasa.

"Masa jumpa (mayat) itu lebih kurang satu kilometer daripada jambatan yang ditemui telefon bimbit dan dompet," katanya memetik The Star.

Untuk rekod, penyanyi berusia 23 tahun itu dilapor hilang selepas keluar joging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira pukul 11.53 malam.

Bagaimanapun, dompet dan telefon bimbit mangsa ditemui di jambatan Sungai Klang.

Nidza Afham yang juga abang kepada penyanyi, Aufahanie pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram