AHLI keluarga penyanyi, Nidza Afham, 23, memohon bantuan orang ramai apabila dia dilaporkan hilang selepas keluar untuk melakukan aktiviti riadah di Stadium Klang, Selangor pada Selasa.
Menerusi hantaran dimuat naik kakaknya, Nur Irfahanie, 30, di laman X pada Rabu, lokasi terakhir Nidza yang boleh dijejaki adalah di jambatan Sungai Klang.
Menurutnya, Nidza yang juga pernah menyertai rancangan realiti televisyen I Can See Your Voice 3 keluar joging kira-kira pukul 7.58 malam dengan menaiki kenderaan e-hailing ke stadium terbabit.
BACA LAGI: Harumkan nama Malaysia, politeknik di mata dunia, pensyarah tidak mahu Izzul Zafran 'hanyut'
Telefon bimbit dan dompet milik Nidza yang ditemui di Jambatan Sungai Klang. — Twitter
Kakaknya pada masa sama menjangkakan bahawa tiada sebarang unsur pergaduhan ketika kejadian selepas melihat rekod larian adiknya.
"Lokasi terakhir telefon pintar dan dompet ditemui atas Jambatan Sungai Klang (sebelah jambatan baharu).
"Laporan polis pun dah dibuat. Kami masih mencari di sekitar kawasan Klang," tulisnya.
Irfahanie dalam pada itu memohon kerjasama orang awam untuk mendoakan keselamatan adiknya dan segera ditemui dalam keadaan selamat.
Sementara itu, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram