SEKUMPULAN penduduk Kampung Sungai Buloh di Semenyih, Selangor berjaya membongkar kegiatan pemilik kebun durian yang didakwa membuang kulit buah tersebut ke dalam sungai.
Menerusi rakaman yang dikongsikan di laman Facebook, seorang individu menunjukkan longgokan kulit durian yang dipercayai dibuang oleh peniaga tersebut
Penduduk kampung yang menemui kawasan itu meminta agar peniaga berkenaan mengambil langkah segera untuk membuang sampah tersebut.
BACA LAGI: Durian buat warga Malaysia tak tentu arah
"Tempoh hari (penduduk) dapat tangkap tauke durian buang (kulit). Orang kampung suruh kemas, tapi mereka minta bagi masa selama tiga hari.
"Jadi kami lepaskan dahulu dan tunggu tiga hari. (Namun) sekarang sudah lebih lima hari, (keadaan) masih lagi sama, tiada apa yang dikutip pun," katanya menerusi satu rakaman video.
Individu tersebut turut memaparkan nombor pendaftaran kenderaan peniaga itu melalui klip berdurasi seminit sembilan saat yang dikongsikan di media sosial..
Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan pemilik kebun durian berkenaan mahupun pihak berkuasa yang terlibat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram