SEORANG ahli perniagaan wanita diterbangkan dari Beijing, China ke Malaysia untuk mendapatkan keadilan terhadap suaminya yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka pada Jumaat.
Peguamnya, James Ee Kah Fuk berkata, isteri mendiang, Wang Wei masih bersedih atas tragedi yang menimpa suami dan anak lelakinya ketika mereka sedang bercuti.
Kah Fuk memaklumkan, Wei tiba di Kuala Lumpur pada Ahad malam untuk menuntut mayat suaminya dan mengendalikan hal lain berkaitan kejadian tersebut.
BACA LAGI: Pelancong warga China maut, anak lelaki cedera dirempuh kereta di Melaka
BACA LAGI: PMO panggil META beri penjelasan punca turunkan kandungan berkaitan isu Palestin
"Dia begitu sedih dan kecewa kerana kehilangan suami yang disifatkannya sebagai seorang yang penyayang serta merendah diri.
"Kami menemui pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah bagi membantu siasatan," katanya pada Selasa.
Jelas Kah Fuk, Wei tidak mengikut suami dan anak lelakinya bercuti di Melaka disebabkan sibuk dengan urusannya di China.
Suaminya, Lyu Yong Qian, 53, yang juga dari Bejing, China maut di tempat kejadian ketika melintas jalan bersama anaknya, Lyu Junda pada pukul 9.40 malam.
Mereka berdua dalam perjalanan ke hotel dari sebuah kompleks beli-belah.
Junda, yang mengalami kecederaan di dagu dan kaki dalam kejadian itu, telah kembali ke China selepas dibenarkan keluar dari hospital.
Keadaan selepas kemalangan melibatkan warganegara China yang maut selepas dirempuh kereta di Jalan Syed Abdul Aziz.
Majoriti pada Sabtu melaporkan, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta jenis Toyota Camry berusia 55 tahun dalam perjalanan dari persimpangan lampu isyarat Kota Laksamana menghala ke Melaka Raya untuk menghantar makanan kepada rakannya.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu berkenaan tidak melihat dua pejalan kaki yang juga anak-beranak melintas dari arah belakang bangunan Mahkota Parade menghala pulang ke tempat penginapan mereka di sebuah hotel berhampiran lokasi kejadian.
"Kereta berkenaan merempuh kedua-duanya dan seorang daripada mereka mengalami kecederaan di kepala sebelum disahkan maut di lokasi kejadian, manakala anak lelakinya cedera.
"Pemandu kereta berkenaan bagaimanapun tidak cedera,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Mangsa tiba di Singapura pada 5 Ogos lalu dan bermalam selama dua hari di Port Dickson sebelum singgah untuk bermalam selama sehari di Melaka pada Jumaat.
Mereka difahamkan merancang untuk pulang ke Singapura pada keesokan harinya.
Polis sedang menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — The Star/RSN MURALI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram