[VIDEO] Orang kedua terkaya di dunia, Gautam Adani boleh jadi contoh teladan usahawan Malaysia


  • Bizz
  • Selasa, 13 Ogos 2024

Adani yang diangkat sebagai individu kedua terkaya di dunia turut menjadi contoh teladan untuk rakyat Malaysia khususnya dalam dunia keusahawanan. 

ELON Musk, satu nama yang cukup popular dan pastinya ramai mengenali beliau sebagai manusia terkaya di dunia.

Usahawan dan inovator terkenal dari Afrika Selatan itu terkenal atas usahanya mentadbir perusahaan seperti syarikat kenderaan elektrik (EV), Tesla; syarikat yang berfokus pada penerbangan luar angkasa, SpaceX; syarikat penyelidikan dan penggunaan kecerdasan buatan, OpenAI; perkhidmatan kewangan dalam talian (Paypal) dan beberapa lagi.

Tahukah anda, selepas Musk, hartawan India, Gautam Adani, 61, diangkat sebagai individu kedua terkaya di dunia, sekali gus menjadikannya rakyat pertama di negara itu mencapai tahap kekayaan global yang tertinggi.

BACA LAGI: [VIDEO] Pernah terima 'bungkusan' tongkeng ayam dan rambut, Wan Azmir anggap hanya mainan psikologi takutkan peguam

BACA LAGI: Dari mekanik jadi tauke kopi terkemuka, Muhamad Zamry mahu Richiamo Coffee tembusi pasaran antarabangsa

Dilahirkan di Ahmedabad pada tahun 1962, beliau telah mengikuti pengajian di Universiti Gujarat dalam bidang perdagangan pada usia remaja.

Bagaimanapun, dirinya hanya mampu bertahan sehingga tahun kedua sahaja sebelum memutuskan untuk berhenti dari pengajian tersebut kerana tidak mampu menanggung pembiayaan pengajiannya.

Beliau kemudian bekerja di Syarikat Mahendra Brothers, yang menjalankan bisnes berlian, selama tiga tahun untuk mendapatkan pengalaman dalam bidang perniagaan.

Daripada situ, dia melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk menyimpan wang termasuk membantu sepupunya yang terlibat dalam perniagaan barangan PVC.

Tenaga boleh diperbaharui

Dengan wang yang dikumpul dan pengalaman yang diperoleh, beliau mengambil langkah berani untuk menubuhkan syarikat miliknya sendiri, Syarikat Adani Group.

Nasib menyebelahi dirinya selepas Syarikat Adani Group berkembang menjadi sebuah syarikat konglomerat multinasional yang terkenal di India pada era 1990-an sehingga ke hari ini.

Ketika ini, beliau menerusi syarikat berkenaan mempelbagaikan perniagaan sehingga menjadi salah sebuah syarikat konglomerat yang besar di negara tersebut.

Pada 1995, beliau memenangi kontrak untuk membina dan mengendalikan pelabuhan perkapalan komersial di Mundra di Gujerat, yang sudah berkembang menjadi pelabuhan terbesar di India.

Dalam masa sama, Adani mengembangkan sayapnya dalam industri penjanaan kuasa haba dan perlombongan arang batu di India dan luar negara.

3

Dengan kekayaan dimilikinya, beliau berjaya memasuki ranking dalam golongan jutawan yang mempunyai kekayaan melebihi $100 billion di dunia.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, konglomerat itu menceburi bidang petrokimia, simen, pusat data dan penapisan tembaga, selain menubuhkan perniagaan tenaga boleh diperbaharui.

Dunia yang kini beralih ke penggunaan tenaga hijau menyaksikan banyak kerajaan memberi sokongan yang luar biasa terhadap mana-mana syarikat yang menceburi bidang tenaga hijau.

Sehubungan itu, para pelabur berminat untuk melabur dalam syarikat yang menyediakan kemudahan tenaga hijau yang mana secara tidak langsung telah menaikan kekayaan dimiliki Gautam Adani.

Dengan kekayaan dimilikinya itu, beliau berjaya memasuki ranking dalam golongan jutawan yang mempunyai kekayaan melebihi $100 billion di dunia.

Walaupun menjadi lelaki kedua terkaya di dunia, Adani masih lagi dengan sikap rendah diri dan kurang mendedahkan diri kepada pihak media.

Culik

Namun kekayaan tidak menjanjikan keselamatan Adani terjamin selama 24 jam.

Pada tahun 1988, beliau pernah mengalami situasi yang mengancam nyawanya pada masa lalu.

Beliau dan rakannya, Shantilal Patel pernah diculik dan diserang dua gengster, Fazl Ur Rehman dan Bhogilal Darjin di sebuah hotel mewah, yang menginginkan wang tebusan dengan nilai yang tinggi.

Kejadian tersebut berlaku selepas Adani membangunkan Adani Exports (sekarang dikenali sebagai Adani Enterprises) pada tahun 1988.

Ketika itu, Syarikat Adani Group mengalami kekayaan yang melimpah ruah.

Kes penculikan yang dialami Adani turut meraih perhatian masyarakat dunia pada ketika itu.

Menurut laporan media antarabangsa, mereka berdua akhirnya dibebaskan dengan tebusan kira-kira US$2 juta daripada keluarga Adani.

Bagaimanapun, tidak dilaporkan lokasi dan kejadian sebenar yang menimpa mereka dalam tempoh penculikan tersebut.

2

Andani (tengah) masih lagi dengan sikap rendah diri dan kurang mendedahkan diri dan keluarga kepada pihak media.

Contoh teladan

Di Malaysia, Adani turut dikenali sebagai contoh teladan khususnya dalam dunia keusahawanan.

Kejayaan beliau dalam mengembangkan Adani Group bukan hanya bergantung kepada kemampuannya dalam mengenal pasti peluang perniagaan, tetapi juga keberanian untuk mengambil risiko yang besar dan membuat keputusan berani.

Dalam landskap perniagaan yang semakin kompetitif, usahawan Malaysia dapat belajar banyak daripada pendekatan Adani yang berfokus kepada inovasi, kepelbagaian perniagaan, dan keberanian dalam menghadapi cabaran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram