[VIDEO] Lima individu dicederakan remaja berpakaian ala Nazi ketika 'live streaming' di luar masjid Turkiye


  • Benua
  • Selasa, 13 Ogos 2024

Suspek yang bertopeng, memakai topi keledar dan jaket kalis peluru itu menikam orang ramai secara rambang di luar sebuah masjid di Turkiye, pada Isnin. — Agensi

SEORANG remaja lelaki berpakaian seragam ala Nazi menikam sekurang-kurangnya lima individu ketika membuat siaran langsung di luar sebuah masjid di Turkiye, pada Isnin.

Rakaman siaran langsung yang dimuat naik di laman X (Twitter) itu menunjukkan remaja berusia 18 tahun itu memandang ke arah kamera, sebelum berjalan ke taman teh sebuah masjid di bandar Eskisehir dengan pisau di tangannya.

Suspek yang bertopeng, memakai topi keledar dan jaket kalis peluru itu dipercayai memerhatikan sekumpulan lelaki yang sedang bersembang, sebelum menghunus pisau tersebut ke atas salah seorang daripada mereka.

BACA LAGI: [VIDEO] Pernah terima 'bungkusan' tongkeng ayam dan rambut, Wan Azmir anggap hanya mainan psikologi takutkan peguam

BACA LAGI: Dari mekanik jadi tauke kopi terkemuka, Muhamad Zamry mahu Richiamo Coffee tembusi pasaran antarabangsa

Suspek kemudian dan bertindak mengejar mangsa lain dan mencederakan mereka dengan senjatanya secara rambang.

Sementara itu, laman web Eskisehir Durum melaporkan, suspek berpakaian seperti watak dalam permainan video, dengan kapak di pinggangnya, memakai jaket kalis peluru dan topi keledar serta mukanya bertopeng.

WhatsApp Image 2024-08-13 at 09.12.13

Orang ramai cuba membantu mangsa yang tikaman remaja lelaki tersebut. — Agensi

Beberapa laman berita turut mendakwa penyerang itu memakai 'matahari hitam' di dadanya, iaitu simbol Nazi yang terdiri daripada beberapa swastika.

Penyerang tidak memberitahu tujuan tindakannya itu, namun terdapat dakwaan bahawa dia dipengaruhi oleh permainan video perang.

Remaja berkenaan bagaimanapun dilaporkan telah ditahan pihak berkuasa sejurus selepas kejadian itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram