WeChat Pay Malaysia henti operasi 1 September, pengguna diminta keluarkan baki e-wallet


  • Bizz
  • Isnin, 05 Ogos 2024

WeChat Pay mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2018. — Freepik

WECHAT, salah satu aplikasi permesejan popular dari China kini mengumumkan telah menghentikan perkhidmatan pembayaran di Malaysia mulai 1 September susulan daripada penyesuaian strategi perniagaan syarikat tersebut.

WeChat dalam satu kenyataan berkata, pengguna akan dapat mengeluarkan baki dalam e-wallet mereka melalui portal e-wallet sehingga 31 Disember 2024.

"Namun, pengguna masih boleh memilih pengaturan pengeluaran khas mulai 1 Januari 2025," kata syarikat itu dalam satu kenyataan di laman web, sambil menambah bahawa ia juga tidak akan membenarkan pendaftaran pengguna e-wallet baharu.

BACA LAGI : Habis ribuan ringgit baca buku kewangan, Adam Fahmi pasang impian lahirkan 100,000 penyimpan emas demi ekonomi ummah

BACA LAGI : Dua kali 'loan' rumah kena tolak akibat tumor otak, Maisarah tidak pernah menyerah demi keluarga dan bisnes

"Pengguna semasa dinasihatkan untuk log masuk ke akaun WeChat masing-masing, klik 'Me > Pay and Services > Balance > Withdraw' dan ikuti arahan untuk menyelesaikan proses pengeluaran secepat mungkin," katanya dalam satu kenyataan.

WeChat menyatakan pengguna masih boleh kekal menggunakan Weixin Pay yang membolehkan pengguna Malaysia melakukan pembayaran ketika berada di China, dan begitu juga sebaliknya.

Dalam satu kenyataan berasingan kepada portal tempatan, syarikat itu berkata, penghentian WeChat Pay di Malaysia adalah terhad kepada pengguna tempatan sahaja dan 'tidak akan menjejaskan pelancong China daripada menggunakan WeChat Pay di Malaysia'.

WeChat Pay pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2018 sebagai perkhidmatan pembayaran mudah alih dan e-wallet digital yang diintegrasikan ke dalam aplikasi pemesejan WeChat. — The Star/ ANGELINE YEOH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram