MEMBELI emas untuk dijadikan aset mula menjadi amalan rakyat Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Meskipun pasaran harga emas ada turun dan naiknya, berkecimpung dalam dunia itu sebenarnya banyak memberi pulangan yang lumayan saban tahun.
Kehadiran syarikat pelaburan emas merancakkan lagi aktiviti jualan dan simpanan emas dalam kalangan rakyat di negara ini. Tidak terkecuali, Adam Fahmi Ghazali, 35 yang mengakui, hobi mengumpul emas sejak 12 tahun lalu banyak memberi kelebihan buat dirinya sekeluarga.
BACA LAGI: Harga emas naik, beli emas fizikal atau digital, mana lebih menguntungkan?
BACA LAGI: Jana pendapatan jangka panjang, ini perkara perlu tahu sebelum cuba pelaburan emas
Malah, nasihat pakar agar mengumpul harta yang meningkat nilai seperti emas, menambahkan lagi semangat beliau untuk bergiat aktif dalam aktiviti berkenaan, seterusnya meninggalkan hobi mengumpul setem yang dibuat sebelum ini.
Beliau berkata, syarikat pelaburan emas, Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold) merupakan satu-satunya syarikat yang memberi peluang untuk menjalankan perniagaan sebagai pengedar emas atau dealer bagi menambah pendapatan aktif dan pasif sepanjang hidup.
Adam Fahmi menunjukkan sebahagian daripada 500 emas satu gram kepunyaannya.
Menyedari kepentingan tersebut, anak kelahiran Ipoh, Perak itu mula berjinak-jinak menyertai syarikat berkenaan sejak tahun 2012 sebagai pelanggan, sebelum dinaik taraf menjadi pengedar tiga tahun kemudian.
Beliau mengakui tertarik dengan konsep syarikat itu yang bukan sekadar memfokuskan aktiviti jualan dan pembelian semata-mata, tetapi juga banyak menekankan tentang perkongsian ilmu khususnya mengenai emas.
"Syarikat emas memang banyak, namun Public Gold lebih menggunakan prinsip perniagaan eksponen, sebab itu kita banyak fokus untuk memberi pendidikan kepada pengedar dan pembeli juga," katanya kepada Majoriti.
Lebih menarik, bapa kepada tiga cahaya mata itu menambah, aktiviti jual beli emas di bawah Public Gold juga berupaya menjadi perniagaan sendiri yang turut boleh diwarisi kepada keluarga.
Akuinya, penjanaan pendapatan seperti itu sebenarnya sangat sukar diperoleh.
Bagaimanapun kejayaan yang dikecapi Adam Fahmi hari ini bertitik tolak dari usaha dan pengorbanannya sejak 12 tahun lalu.
Saat rakan-rakan yang lain menghabiskan masa untuk berehat dan menonton wayang pada hujung minggu, penjawat awam itu memutuskan untuk mengabdikan diri menimba ilmu dengan menghadiri kelas kewangan dan pelaburan.
Beliau sudah berjaya membantu lebih 1,200 orang mengukuhkan kewangan dengan simpanan emas.
"Saya daftar semua seminar kewangan dan habis duit beli buku kewangan. Saya dah habis beribu ringgit, hasilnya hari ini beratus-ratus kali ganda, syukur Alhamdulillah.
"Hasil bacaan beratus buku kewangan saya dapati tidak ada jalan mudah untuk kaya dan berjaya.
"Kalau ada hanyalah skim cepat kaya, tetapi saya tahu apa yang orang kaya tahu melalui bacaan iaitu asas menjadi kaya adalah dengan menyimpan.
"Kalau yang asas ini tak lepas jangan fikir nak pergi peringkat seterusnya, iaitu melabur atau kembangkan kekayaan," katanya yang turut mengusahakan inap desa di Cameron Highlands, Pahang.
Tambah bapa kepada tiga cahaya mata itu lagi, setakat ini beliau secara peribadi sudah berjaya membantu lebih 1,200 orang untuk mengukuhkan kewangan dengan simpanan emas dan lebih 5,500 orang di bawah empayarnya.
Jelasnya, misi beliau pada tahun 2030 adalah untuk melahirkan 100,000 penyimpan emas yang berilmu supaya lebih ramai penyimpan emas, pembayar zakat dan ekonomi ummah juga dapat dikukuhkan.
"Saya juga sedang membimbing lebih 30 pengedar emas aktif dalam #TeamPejuangEmas, dengan ada antara mereka yang kini sudah menjana pendapatan pasif sebanyak empat angka setiap bulan.
"Antara aktiviti yang disediakan adalah kelas dan latihan hampir setiap hari, pasukan #G100Network telah sediakan bahan untuk pemasaran, alatan sokongan yang lengkap, bimbingan dan sesi latihan secara perseorangan.
Adam Fahmi kini sedang membimbing lebih 30 pengedar emas aktif dalam #TeamPejuangEmas.
"Saya kena pastikan lebih ramai pengedar berkualiti dan berilmu yang dilahirkan dalam pasukan supaya tercapai misi untuk melahirkan 100,000 penyimpan emas yang berilmu pada tahun 2030," katanya yang turut menjalankan bisnes itu bersama isteri tercinta, Huda Amira Azman, 32.
Mengulas lanjut mengenai kelebihan menjadi pengedar emas di Public Gold, Adam Fahmi menjelaskan, pengedar berpeluang mendapatkan insentif sebanyak satu peratus hingga 1.5 peratus dari setiap belian sendiri.
Ujarnya yang juga merupakan 3 Star Founder Master Dealer dalam Public Gold, pengedar emas Public Gold merangkumi tiga jenis iaitu normal dealer dengan insentif sebanyak satu peratus, priority dealer (1.5 peratus) dan master dealer (dua peratus).
"Bagaimanapun untuk mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi, pengedar perlu mencari lebih ramai pembeli di bawahnya. Semakin ramai pelanggan, semakin banyak insentif diperoleh.
"Kebanyakan pengedar juga akan berkongsi kelebihan dan mendidik orang ramai agar menyimpan emas," tuturnya yang sering berkongsi pengalaman dalam dunia emas menerusi laman Facebook Adam Fahmi Ghazali. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram