[VIDEO] Penculik minta tebusan Bitcoin RM5.4 juta maut berbalas tembakan dengan polis di Johor — Shuhaily


  • 112
  • Jumaat, 02 Ogos 2024

Empat penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis dalam dua kejadian berasingan di Johor, lewat malam Khamis dan awal pagi Jumaat.

EMPAT penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis dalam dua kejadian berasingan di Johor, lewat malam Khamis dan awal pagi Jumaat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kumpulan penjenayah berkenaan terlibat dalam kes penculikan dua individu bulan lalu membabitkan pembayaran wang tebusan dalam bentuk Bitcoin sebanyak AS$ 1.16 juta (RM 5.4 juta).

Menerusi satu sidang media khas pada Jumaat di Bukit Aman, Shuhaily memaklumkan kes penculikan tersebut berlaku di Cyberjaya, pada pukul 11 pagi, 11 Julai lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Dua anggota polis peras ugut warga asing RM300 di Kajang mengaku tak bersalah

BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi nikmati panorama semula jadi, suami isteri lemas dibawa arus deras di China

Dalam kejadian itu, kenderaan dinaiki dua mangsa iaitu seorang lelaki warga China yang baharu tiba di Malaysia dan seorang perempuan warga tempatan telah dipintas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki empat lelaki di susur keluar selepas Plaza Tol Mex menghala Cyberjaya.

Kedua-dua mangsa bagaimanapun dibebaskan di tepi jalan Pedas-Linggi, Negeri Sembilan pada pukul 6.30 petang, 15 Julai lalu.

Ia selepas adik kepada mangsa warga China terbabit membayar wang tebusan kepada suspek, lapor The Star.

Siasatan dan risikan yang dijalankan oleh pihak polis berjaya mengenal pasti suspek.

Susulan itu, operasi melibatkan Bukit Aman dan beberapa kontinjen polis dilakukan.

Hasilnya, pada pukul 11.25 malam Khamis, polis mengesan salah seorang suspek yang sedang memandu sebuah kereta di kawasan Jalan Skudai -Gelang Patah, Johor dalam keadaan mencurigakan.

Sebaik menyedari diekori polis, suspek bertindak memecut keretanya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan pasukan polis.

nJgcDr9L-BULETIN-TV3-A-7

Pemeriksaan pada kereta suspek menemui sepucuk pistol milik suspek. — Buletin TV3

Anggota polis yang membalas tembakan berjaya menembak mati suspek.

Pemeriksaan yang dilakukan anggota dalam kereta suspek menemukan sepucuk pistol miliknya.

Semakan mendapati, suspek berusia 51 tahun dan mempunyai enam rekod jenayah lampau atas kesalahan dadah selain pernah dikenakan perintah tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah.

Shuhaily berkata, siasatan lanjut membawa kepada satu lagi serbuan di sebuah rumah di Taman Impian Emas, Skudai pada pukul 12.05 tengah malam Jumaat.

"Penghuni kediaman itu enggan keluar apabila diminta. Polis kemudian memasuki rumah tersebut dan memperkenalkan diri sebagai anggota penguat kuasa.

"Secara tiba-tiba, beberapa das tembakan kedengaran dilepaskan dari beberapa buah bilik dalam rumah tersebut.

oWpVKsQd-BULETIN-TV3-A-6

Shuhaily (tengah) melihat barang rampasan dalam sidang media di Bukit Aman. — Buletin TV3

Polis kemudian melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri dan hasil pemeriksaan tiga suspek terkena tembakan dan meninggal dunia.

Dua pucuk pistol dan sebilah parang panjang ditemui di dalam rumah.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 35 hingga 45 tahun dan dua daripada mereka mempunyai rekod lampau.

Polis turut melakukan empat serbuan di lokasi berasingan dan menangkap empat suspek lelaki dan seorang wanita.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram