MAHKAMAH tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat berpendapat, pendudukan Israel selama 57 tahun di wilayah Palestin tidak sah di sisi undang-undang dan perlu dihentikan segera.
Pendapat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berpangkalan di The Hague itu disambut baik Presiden Palestin yang menyifatkannya sebagai bersejarah, manakala Israel mengecamnya.
Walaupun pendapat ICJ itu tidak tertakluk kepada undang-undang, tetapi ia mampu memberi kesan yang besar terhadap situasi politik dunia.
Kenyataan itu menunjukkan pertama kali ICJ menyatakan pendirian bahawa pendudukan Israel di wilayah Palestin sebagai tidak sah dalam tempoh 57 tahun.
BACA LAGI: Berperang hampir 9 bulan, rejim Zionis akui peluru makin habis, kereta kebal pula rosak
BACA LAGI: [VIDEO] Serang pengawal keselamatan dengan kapak, wanita Israel bunuh anak lelaki 6 tahun dicekup
Nawaf Salam (mengangkat tangan) mengarahkan Israel perlu menamatkan pendudukan mereka secepat mungkin.
Ketua Hakim ICJ, Nawaf Salam, berkata, mahkamah mendapati kehadiran berterusan Israel di wilayah Palestin adalah tidak sah.
Menurut penghakiman yang dibacakan di Istana Keamanan, Israel perlu menamatkan pendudukan mereka secepat mungkin.
ICJ berkata, Israel di bawah kewajipan perlu menghentikan serta-merta semua aktiviti penempatan baharu dan memindahkan semua peneroka dari tanah yang diduduki.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyelar pendapat ICJ sebagai "keputusan pembohongan." — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram