[VIDEO] Serang pengawal keselamatan dengan kapak, wanita Israel bunuh anak lelaki 6 tahun dicekup


  • Benua
  • Rabu, 17 Jul 2024

Pihak berkuasa tempatan Israel menahan seorang wanita selepas disyaki membunuh anak lelakinya berusia 6 tahun di apartmen mereka di Herzliya pada Selasa.

SEORANG wanita disyaki membunuh anak lelakinya berusia enam tahun di apartmen mereka di Herzliya dekat tanah haram Israel sebelum menuju ke sebuah pusat beli-belah di bandar itu dengan bersenjatakan kapak lalu menyerang seorang pengawal keselamatan pada Selasa.

Memetik laporan media antarabangsa, mayat kanak-kanak malang tersebut sebelum itu ditemui di rumah di yang berlokasi Herzliya oleh polis pada petang Selasa.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan, sepasukan polis telah digerakkan ke lokasi kejadian selepas suspek ditahan di luar sebuah pusat beli-belah berikutan pertengkaran dengan seorang pengawal keselamatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Ingatkan potong ayam, penduduk kampung di Indonesia kaget rupanya ‘kawan makan kawan’

BACA LAGI: [VIDEO] Padah bermulut puaka, enggan bayar hutang lelaki maut dibakar rakan di Kemboja

"Terdahulu, polis menerima laporan daripada orang awam yang mengadu suspek telah bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan sebelum menikam mangsa dengan sebuah senjata tajam iaitu kapak.

"Wanita berusia 33 tahun itu ditahan di pusat beli-belah tersebut dan pengawal keselamatan itu hanya mengalami kecederaan ringan.

"Susulan daripada itu, polis telah pergi ke rumah mangsa dan menemui mayat seorang kanak-kanak lelaki dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman.

"Wanita berkenaan juga telah membunuh anjing peliharaan mereka," katanya.

Pada masa sama, video wanita berkenaan memegang sebilah kapak turut tular di laman media sosial pada hari yang sama.

Kelibatnya memegang senjata tajam tersebut turut mengundang kegusaran orang awam yang berada di sekeliling. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram