Skim khas benarkan lesen motosikal B1, B2 dinaik taraf ke B penuh — Menteri Pengangkutan


  • Primer
  • Jumaat, 02 Ogos 2024

Anthony Loke memberitahu perlaksanaan program tersebut kini berada dalam fasa akhir. — Agensi

SATU skim khas akan diperkenalkan untuk membenarkan pemegang lesen Kelas B1 dan B2 untuk dinaik taraf secara automatik kepada Kategori B, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, permohanan untuk berada di bawah program khas tersebut dijangka dibuka kepada umum pada 1 Oktober depan.

"Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini berada dalam fasa akhir untuk menjalankan program itu, termasuk melaksanakan perubahan sistem dan menyelaraskannya dengan sekolah memandu. Program ini tidak mempunyai tarikh luput dan akan diteruskan sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak," katanya pada Jumaat.

BACA LAGI: Platform media sosial tiada lesen boleh dijel, denda — Fahmi Fadzil

BACA LAGI: Sudah tiba masa PBT wajibkan peniaga buat permohonan lesen sendiri, bukan guna 'orang tengah'

Pemegang lesen B2 hanya dibenarkan untuk menunggang motosikal mencecah 250cc sementara lesen B1 dibenarkan menunggang motosikal sehingga 500cc.

10258884_804662862904232_1204698965992271713_n

Pemegang lesen B2 boleh membuat permohonan sekiranya syarat ditetapkan dapat dipenuhi. — Agensi

Ketika ini, pemegang lesen B2 yang mahu mendapatkan lesen B penuh untuk mengendalikan motosikal 500cc ke atas perlu mengambil ujian ditetapkan.

Belia turut menambah yuran siling ditetapkan bagi tujuan itu adalah sebanyak RM160.

Dalam pada itu, Loke berkata, beberapa syarat perlu dipenuhi terlebih dahulu bagi memperolehi kenaikan secara automatik.

Antaranya, kenaikan berkenaan hanya akan diguna pakai kepada mereka yang mempunyai lesen B1 atau B2 secara berterusan bagi tempoh 10 tahun ke atas.

"Ini untuk memastikan penunggang memiliki pengalaman mencukupi sebagai seorang individu sebelum boleh mengendalikan motosikal berkuasa lebih tinggi," katanya.

Selain itu, beliau berkata, pemohon perlu menyelesaikan segala saman dihadapi, tidak melakukan sebarang kesalahan, tidak berada dalam mana-mana senarai hitam dan mengisytiharkan keadaan kesihatan semasa.

Pemohon juga perlu menghadiri dan lulus program peralihan di sekolah memandu dan mendapat pengesahan daripada pegawai bertauliah untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram