Ambil guru memandu tanpa SPM, 3 faktor jadi kebimbangan andai syarat sementara itu dilanjutkan MOT


  • Massa
  • Khamis, 27 Jun 2024

Kelonggaran menjadi guru memandu tanpa kelulusan SPM menimbulkan kebimbangan ramai terhadap nasib generasi akan datang. — Gambar hiasan/Agensi

TAHAP pendidikan memainkan peranan penting untuk mendapatkan kelayakan mahupun tempat dalam sesuatu industri pekerjaan di Malaysia.

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara syarat kelayakan paling rendah ditetapkan mana-mana syarikat termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi individu yang berminat bekerja dalam sektor awam.

Namun, baru-baru ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan bahawa individu tidak mempunyai kelulusan SPM boleh memohon untuk menjadi guru sekolah memandu bermula 1 Julai depan.

BACA LAGI: 'Level pengajar kena naik taraf', ramai gesa teliti kembali syarat jadi cikgu memandu tanpa SPM

BACA LAGI: Individu tiada SPM, boleh mohon jadi cikgu sekolah memandu mulai 1 Julai — Anthony Loke

news_344_1

Individu tanpa sijil SPM kini diberi peluang untuk memohon kelayakan SPIM sehingga 31 Disember 2024. — Gambar hiasan/Agensi

Menurutnya, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan kelulusan sementara bagi individu tanpa kelulusan SPM untuk memperoleh Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM).

Pengumuman itu bagaimanapun menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap masa depan dan nasib generasi akan datang sekiranya kelulusan SPM tidak lagi menjadi keutamaan dalam mencari pekerjaan.

Justeru, terdapat beberapa faktor yang menjadi kebimbangan masyarakat sekiranya langkah tersebut dilaksanakan secara berterusan.

1. Gaji minimum rendah

Secara umumnya, gaji minimum semasa pekerja di Malaysia adalah RM1,500 dan ia masih dilihat sebagai nilai yang rendah lebih-lebih lagi bagi individu menetap di kota dengan kos sara hidup tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun sebelum ini mengumumkan kenaikan gaji khusus buat penjawat awam sebanyak RM2,000 mulai 1 Disember 2024.

Menurutnya, pemberian kenaikan gaji itu sebagai menghargai jasa dan pengorbanan serta penat lelah para penjawat awam.

1570302

Para majikan berkemungkinan meletakkan tangga gaji minimum lebih rendah kepada individu tanpa SPM. — Gambar hiasan

Susulan itu, Pegawai Khas Presiden Majlis Belia Malaysia, Muhammad Syahmi Shamsudin mengatakan pengumuman itu adalah sebenarnya satu kemenangan untuk golongan belia.

Meskipun begitu, ia tidak mustahil dapat menghalang golongan belia untuk menikmati kenaikan gaji jika ramai mengambil langkah tidak mahu mengambil peperiksaan SPM.

Tindakan itu sekali gus boleh menyebabkan para majikan dalam sektor awam mahupun swasta menetapkan tangga gaji minimum lebih rendah bagi individu yang tidak memiliki SPM.

2. Generasi kurang minat ambil peperiksaan

Kelonggaran dalam menetapkan syarat menjadi tenaga pengajar seperti diumumkan kementerian itu juga boleh mendorong kepada generasi yang kurang minat untuk mengambil peperiksaan.

Bukan setakat peperiksaan SPM, generasi itu juga berkemungkinan cenderung menolak sebarang peperiksaan atau ujian yang ditetapkan sebagai proses kelayakan mendapat kerja.

Ia sekali gus dapat menurunkan tahap daya saing individu untuk mengecapi sesuatu matlamat dalam hidup.

SPM holder students started off the day with the first subject examination at SMK Tasek Damai Ipoh with strict SOP.About 33,149 students taking the SPM examination in Perak.(2nd March 2022) — RONNIE CHIN/The Star (STANDALONEPIC)

Kelonggaran itu tidak mustahil membuatkan generasi akan datang tidak berminat mengambil peperiksaan. — Gambar hiasan/The Star

Ia tidak dinafikan apabila Timbalan Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ismi Arif Ismail sebelum ini pernah menyatakan bahawa tiada minat untuk melanjutkan pengajian dan tekanan ekonomi antara faktor lebih 10,000 pelajar tidak hadir peperiksaan SPM 2023.

Menurutnya, pelajar tidak melihat peperiksaan tidak penting, manakala mencari rezeki atau pendapatan tambahan untuk keluarga perlu diutamakan demi mengisi keperluan hidup ketika ini.

Ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada kerajaan apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Rabu terpaksa mengambil langkah untuk memujuk seramai 399 calon SPM 2023 yang tidak hadir untuk mengambil semula peperiksaan sama pada 2024.

screenshot-2023-07-10-at-9-19-14-am

Pendidikan mungkin tidak lagi menjadi keutamaan dalam memilih kerjaya. — Gambar hiasan

3. Lahir generasi tak tekankan pendidikan

Bukan itu sahaja, syarat ditetapkan JPJ itu juga tidak mustahil bakal melahirkan generasi yang tidak menekankan pendidikan.

Ditambah pula dengan peluang pekerjaan lebih luas seiring perkembangan teknologi kini yang tidak memerlukan taraf pendidikan tinggi seperti pempengaruh media sosial.

Lebih membimbangkan apabila ada di antara penggiat industri seni muda yang mengatakan bahawa menjalani pembelajaran di sekolah tidak penting kerana ia tiada kaitan dengan kerjayanya.

Ia sememangnya akan memberi impak negatif sekali gus mempengaruhi individu yang bersusah-payah untuk mendapatkan pendidikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram