'Modify' sampai mampu isi 200 liter bahan api, 90 peratus kenderaan disita di Kelantan ubah suai tangki


  • Primer
  • Ahad, 30 Jun 2024

Kenderaan diubah suai terbabit adalah keluaran tempatan daripada model sedan atau hatchback seperti Proton Wira dan Proton Waja yang sudah uzur dan tidak mempunyai cukai jalan. — Gambar hiasan

SEBANYAK 90 peratus daripada 550 kenderaan yang disita dalam tempoh tiga tahun lepas diubah suai tangki untuk digunakan dalam kegiatan penyeludupan bahan api seperti petrol dan diesel.

Pengarah Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, kenderaan diubah suai terbabit adalah keluaran tempatan daripada model sedan atau hatchback seperti Proton Wira dan Proton Waja yang sudah uzur dan tidak mempunyai cukai jalan.

Beliau berkata, kereta diubah suai itu ada antaranya mampu mengisi sehingga hampir 200 liter bahan api untuk sekali pengisian.

BACA LAGI: Johor bukan rakan kongsi istimewa seperti Sabah dan Sarawak — Pakar Perlembagaan

BACA LAGI: Rafizi, Isham individu tepat berdebat, selesai polemik rasionalisasi subsidi bahan api — Penganalisis

"Sebenarnya taktik penyeludup ini ada pelbagai cara termasuk membuat pengisian menggunakan tong namun taktik itu mudah dihidu pihak berkuasa berbanding menggunakan tangki ubah suai.

"Bagi yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda taktik ini agak sukar dikesan kerana tangkinya sudah besar kecuali mereka didapati membuat pembelian berulang di beberapa stesen,” katanya.

The government set the price of diesel in the Peninsula at RM3.35 per liter starting Monday 10 June in line with the implementation of the realignment of the fuel subsidy.( June 10, 2024.)  ¡ªCHAN BOON KAI/The Star

Kereta diubah suai itu ada antaranya mampu mengisi sehingga hampir 200 liter bahan api untuk sekali pengisian. — Gambar hiasan

Menurut Azman, pihaknya juga telah mengesan wujudnya bengkel-bengkel yang menawarkan perkhidmatan ubah suai tangki berkenaan termasuk di Pengkalan Tumpat dan Rantau Panjang.

Katanya, perbincangan akan diadakan dengan agensi berkaitan terutama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mencari jalan terbaik berkaitan kenderaan ubah suai tangki itu.

Sementara itu, Azman berkata, sebanyak 29,932 liter petrol RON95 dan 68,858 liter diesel disita sejak Januari tahun ini hingga 29 Jun. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram