SEJAK akhir-akhir ini, kemalangan melibatkan kenderaan berat seperti lori sering dilaporkan berlaku di dalam negara sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya.
Beberapa insiden nahas melibatkan jenis kenderaan berkenaan turut dirakam dan tular di media social termasuk kejadian membabitkan kehilangan nyawa orang awam yang tidak bersalah.
Pada 24 Jun lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah memaklumkan sebanyak 652 kes kemalangan direkodkan membabitkan pelbagai kenderaan berat setakat tiga bulan pertama 2024 iaitu sehingga Mac.
BACA LAGI: Selain bergerak solo, tak mustahil BN bentuk kerjasama dengan parti lain hadapi PRU16
BACA LAGI: Protes keluar Dewan ketika persidangan Parlimen budaya politik tak sihat
Nahas berkenaan antara lain melibatkan pengangkutan lori kontena, lori kecil dan bas ekspres.
Menurutnya, kemalangan itu berpunca pelbagai faktor.
Antara punca utama menyumbang terhadap situasi tu adalah kecuaian pemandu mengantuk, memandu melebihi had laju dibenarkan, kenderaan membawa lebih muatan dan penyelenggaraan yang lemah.
Sebanyak 652 kes kemalangan direkodkan membabitkan pelbagai kenderaan berat setakat Mac. — Gambar hiasan
Situasi itu turut menimbulkan kerisauan terhadap orang awam yang rata-ratanya berpandangan kerajaan perlu meningkatkan pemantauan terhadap kenderaan pengangkutan tersebut.
Dalam pada itu, tular pada Isnin video didakwa mendedahkan taktik digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab yang menawarkan serivs 'menambah bunga' pada tayar sebuah lori yang sudah berada dalam keadaan haus atau 'botak'.
Berdasarkan klip berkenaan, seorang lelaki dilihat mengukir corak bunga tayar pada lapisan dasar tayar yang sudah haus.
Buat bunga sendiri ? Macam mana la tak terbabas la, tayar meletup semua pic.twitter.com/w0ElsoTdaF
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) July 15, 2024
Tindakan dikenali sebagai tyre retreading itu dipercayai dilakukan untuk mengelak daripada pemeriksaan oleh pihak berkuasa.
"Buat bunga sendiri ? Macam mana la tak terbabas la, tayar meletup semua," tulis mhmmdhsm yang memuat naik video berkenaan.
Dalam pada itu, di ruangan komen, terdapat juga beberapa netizen yang mendedahkan taktik lain digunakan oleh pemilik atau pemandu kenderaan berat untuk melepasi pemeriksaan berkuasa.
Malah, mereka turut mencadangkan agar kerajaan membuat penambahbaikan terhadap pemantauan dan penguatkuasaan melibatkan kenderaan berkenaan.
"Ramai sewa tayar untuk bagi lepas Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer). Lepas habis pemeriksaan Puspakom semua tukar balik tayar lama. Ada sedikit rombakan dari segi penguatkuasaan perlu dibuat mengenai perkara ini," kongsi Marchfoward.
"Penyelesaiannya saman juta-juta syarikat tu sekali. Saman pemandu je, esok dia drive balik," ujar saifulhisyam.
"Sebenarnya kerajaan boleh sahaja ubah waktu operasi kenderaan berat 7.5 tan ke atas supaya tak campur dengan orang kebanyakan. Yang terjejas cumalah geng diorang iaitu penghantar, driver dengan penerima. Interstate boleh guna kontena nasional berhad. Lori-lori lain termasuk 4x4 paksa pakai speed limiter," ujar takberapanakok.
Majoriti sedang cuba mendapatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom berhubung dakwaan berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram