'Level pengajar kena naik taraf', ramai gesa teliti kembali syarat jadi cikgu memandu tanpa SPM


  • Massa
  • Rabu, 26 Jun 2024

Individu tanpa sijil SPM kini diberi peluang untuk memohon kelayakan SPIM sehingga 31 Disember 2024. — Gambar hiasan

INDIVIDU berkelayakan rendah atau tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini diberi peluang untuk bekerja sebagai guru sekolah memandu.

Ia selari dengan pengumuman Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebelum ini yang mengatakan bahawa golongan itu boleh memohon jawatan tersebut bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2024.

Anthony memaklumkan, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan kelulusan sementara bagi individu tanpa kelulusan SPM untuk memperoleh Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM).

BACA LAGI: Individu tiada SPM, boleh mohon jadi cikgu sekolah memandu mulai 1 Julai — Anthony Loke

BACA LAGI: Terlalu teruja menang 'jackpot' RM19.1 juta, lelaki rebah kena serangan jantung

2767572

Kelayakan memohon sebagai pengajar di sekolah memandu kini diberi kelonggaran. — Gambar hiasan

Menurutnya, langkah itu dilaksanakan susulan maklum balas yang diterima daripada pengusaha sekolah memandu berhubung masalah kekurangan tenaga pengajar di institut tersebut sekali gus menyebabkan kelonggaran dalam memohon SPIM dilakukan.

Beliau juga menjelaskan bahawa ramai pelatih yang berkelayakan dan berpengalaman tidak dapat peluang tersebut kerana tidak memiliki SPM.

Ia bagaimanapun dilihat daripada sudut berbeza apabila rata-rata warga maya menganggap perkara itu akan merendahkan taraf para pengajar.

Mengulas lanjut, seorang pengguna Facebook Nanas Kulim, tahap pengajar seperti di sekolah memandu perlu seiring dengan peredaran zaman dan kemajuan sistem pendidikan.

"Dah 2024, profesionalisme pun kena naik taraf," tulisnya.

GAMBAR-TEST-45-of-48

Kelonggaran itu memberi peluang besar kepada individu tanpa SPM. — Gambar hiasan

Ada juga yang menggesa pihak kerajaan meneliti semula syarat yang dikenakan supaya peluang itu dapat diberikan secara adil.

"Teliti balik syarat dapat sijil SPM, kesian mereka untuk bekerja dalam sektor awam," komen Picah Debot.

Namun, di sebalik kebimbangan itu, ada juga yang menyokong usaha kerajaan kerana dapat memberi sinar dan harapan kepada individu yang tidak memiliki SPM untuk menjana pendapatan.

"Alhamdulillah, bagi peluang kepada mereka yang tiada SPM untuk dapat pekerjaan," ujar Nazira Manan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram