Kelengkapan sistem C4i antara bukti PDRM semakin tangkas, bikin penjenayah 'ketar lutut'


  • 112
  • Khamis, 01 Ogos 2024

Kecekapan PDRM menyelesaikan kes jenayah meraih kepercayaan serta pujian masyarakat. — Gambar hiasan

KECEKAPAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyelesaikan kes jenayah kebelakangan ini semakin disedari masyarakat.

Peningkatan kadar jenayah dan kes orang hilang baru-baru ini dilihat seolah-olah sudah menjadi kelaziman dan kebiasaan bagi pihak PDRM merungkai misterinya satu per satu.

Dilengkapi pelbagai peranti canggih serta kecekapan anggota ketika berada di lapangan, secara tidak langsung membuatkan rakyat berasa selamat dan terlindung daripada sebarang ancaman jenayah.

Antara kebolehan PDRM yang boleh dibanggakan adalah ketika negara digemparkan dengan kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan pada Jun lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Disyaki cuba rentas sempadan, suspek sanggup terjun sungai lepas ketika dipintas bot Marin PDRM

BACA LAGI: Polis tahan suspek wanita ugut, fitnah mendiang pempengaruh Esha

Perkara itu didedahkan seorang peguam, Liyana Marzuki di laman X berhubung kaedah digunakan pihak polis untuk mendapatkan penyataan bersalah daripada orang kena tahan (OKT).

"Ingat lagi dulu, masa saya jadi Timbalan Pendakwa Raya. Polis banyak guna kaedah dapat penyataan bersalah untuk 'short cut' kes. Tak perlu siasat banyak-banyak, bagi tekanan OKT mengaku saja.

"Itu yang terjadi bila ibu Rayyan di bawa ke mahkamah. Pada saya, apa yang polis nak lakukan, nak bagi si ibu mengaku salah depan majistret.

"Namun, sebab polis bawa ibu Rayyan tanpa peguam dan peguam pun baru tahu pagi kejadian, ada prosiding pengakuan tersebut, peguam membantah.

"Makanya, ada proses lanjut akan dibuat. Untuk pastikan pengakuan bersalah itu dibuat dengan rela dan bukan yang dipaksa," jelasnya.

jpj-1

2. Naik taraf sistem C4i tingkat kecekapan polis

Polis menaik taraf sistem Integrasi, Komputer, Komunikasi, Kawalan dan Arahan (C4i) bagi meningkatkan kecekapan anggotanya menangani kes jenayah.

Menerusi sistem itu, keselamatan awam dapat dipantau menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) dilengkapi teknologi kepintaran buatan (AI) sekali gus membolehkan sistem itu membuat pengecaman muka individu secara lebih jelas.

Sistem C4i itu sudah mula digunakan di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor sejak 2020 namun tidak dihebahkan kepada umum.

Dalam pada itu, teknologi hijau turut menjadi keutamaan polis dalam mengemas kini sistem perisian dimiliki.

Polis dalam proses menukar Sistem Laporan Polis (PRS) kepada Sistem Laporan Polis Bersepadu (iPRS) bagi membolehkan penambahbaikan modul sedia ada dan pembangunan modul yang lebih mesra pengguna untuk memudahkan penerimaan laporan serta capaian maklumat.

553 (3)

3. Berkas suspek tembakan di KLIA, bukti kecekapan polis

Kecekapan risikan dan operasi pasukan PDRM meraih pujian ramai susulan kejayaan pihak polis memberkas suspek kes tembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang pada April lalu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan turut memuji kecekapan dipamerkan polis negara yang disifatkan mampu melindungi masyarakat daripada ancaman bahaya.

Ujarnya, ia merupakan satu perkara terpuji PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dalam tindakan mengesan sebelum menahan dan membawa suspek ke muka pengadilan (reman).

Untuk rekod, suspek berusia 38 tahun itu berjaya ditahan di Kota Bharu, Kelantan ekoran tuduhan melepaskan tembakan di KLIA. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram