Jenazah Sharifah Azizah selamat dikebumikan di Kluang


  • Massa
  • Jumaat, 02 Ogos 2024

Jenazah Sharifah Azizah dikebumikan selepas solat jenazah di Masjid Jamek Kampung Tengah pukul 5.25 petang.

JENAZAH Allahyarhamah Sharifah Azizah, 64, selamat dikebumikan kira-kira pukul 5.25 petang di Tanah Perkuburan Islam Raudahtul Sakinah Kampung Tengah, Kluang, Johor pada Jumaat.

Lebih 500 ahli keluarga, rakan seperjuangan dan masyarakat setempat turut hadir memberi penghormatan terakhir pada ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota itu.

Terdahulu, jenazah Allahyarhamah Sharifah Azizah, 64, disolatkan di Masjid Jamek Kampung Tengah selepas dituntut ahli keluarga di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di Kluang.

BACA LAGI: [VIDEO] Cara urus rangka manusia sama seperti jenazah sempurna, Mufti Kelantan ulas kes Bella

BACA LAGI: [VIDEO] Polis jumpa rangka manusia di rumah lama Bella di Batu Pahat

Turut hadir pada pengebumian itu ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Speaker DUN Johor, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi dan barisan Exco Kerajaan Negeri Johor.

Untuk rekod, Allahyarhamah dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengalami pendarahan dalaman pada Rabu sebelum menghembus nafas terakhir kira-kira pukul 12.25 tengah hari Jumaat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di Kluang.

Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kluang sejak 1993 merupakan bekas Ketua Wanita Umno Johor dan memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram