Kempen 'BeCalm–You Can Be Okay' ajak masyarakat bangkit cari solusi atasi masalah kesihatan mental


  • Bizz
  • Rabu, 31 Jul 2024

Beberapa rakan selebriti dan pempengaruh bakal sama-sama memeriahkan kempen tersebut dalam usaha merancakkan serta menyebarkan kesedaran secara lebih meluas kepada masyarakat.

SYARIKAT pengeluar biskut istimewa, BeCalm Malaysia melancarkan Kempen Kesihatan Mental BeCalm – You Can Be Okay dalam usaha membantu rakyat Malaysia menangani masalah kesihatan mental.

Pengarah Urusan BeCalm Malaysia, Maisarah Abdullah Sani berkata, pihaknya terpanggil untuk melancarkan Kempen Kesihatan Mental BeCalm – You Can Be Okay selepas menyedari satu petikan tular, iaitu 'Its Okay Not To Be Okay' yang dikaitkan dengan kesihatan mental tular dalam kalangan anak muda.

Menurutnya, majlis itu juga selaras dengan pelancaran produk biskut BeCalm keluaran syarikat pengeluar biskut berkenaan, dengan kerjasama Dr Mohd Redza Abdul Rahman, yang merupakan seorang saintis atau pakar dalam bidang intervensi kesihatan pemakanan.

BACA LAGI: PERKESO prihatin kebajikan pekerja hidap masalah kesihatan mental

BACA LAGI: Pereka grafik, jururawat antara 7 diumum pemenang ganjaran utama Kempen Majoriti Langgan dan Menang

1

Sekitar Majlis Pelancaran Kempen Kesihatan Mental BeCalm – You Can Be Okay yang berlangsung di bangunan SMG pada Rabu.

"Atas rasa prihatin dan memandang serius peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat, beliau melancarkan kempen You Can Be Okay kerana mahu masyarakat tahu dan sedar untuk bangun dan lawan serta cari solusi.

"Jangan hidup terlalu lama dalam kesedihan dan kemurungan atau sentiasa hidup dengan fikiran yang negatif.

"Saya ingin semua orang tahu beritahu bahawa, ada solusi untuk kita menjadi OK (okay) dan kepentingan untuk kita jadi okay," katanya ketika Majlis Pelancaran Kempen Kesihatan Mental BeCalm – You Can Be Okay di bangunan Star Media Group (SMG) pada Rabu.

Beberapa rakan selebriti dan pempengaruh bakal sama-sama memeriahkan kempen tersebut dalam usaha merancakkan serta menyebarkan kesedaran secara lebih meluas kepada masyarakat.

Antara selebriti yang terlibat termasuk Mark Adam, Irma Hasmie, Sissy Iman, Syed Ali, The Helmis, Ajaq Shiro, Suraya Borhan.

Selain itu, pempengaruh, Zaza Zainee yang juga merupakan seorang jurulatih yoga turut dilantik sebagai duta pertama BeCalm Cookies.

WhatsApp Image 2024-07-31 at 15.30.24 (1)

Maisarah

Beliau dalam pada itu turut berkongsi pengalaman hidupnya yang pernah mengalami fasa kurang menyenangkan selepas disahkan menghidapi tumor dalam bahagian otak pada tahun 2007.

“Saya mempunyai pengalaman yang mana saya berada dalam situasi yang tidak baik untuk tempoh masa lama, hingga menyebabkan saya mengalami masalah kesihatan mental.

"Banyak perkara negatif juga berlaku dalam kehidupan saya selepas kejadian itu.

"Namun saya berfikir sebenarnya ada solusi untuk setiap permasalahan yang timbul dan sangat penting untuk kita menjadi okay dalam menjalani kehidupan sebagai insan di dunia ini," katanya.

Mengulas lanjut mengenai biskut tersebut, Maisarah berkata, produk berkenaan diusahakan dan dicipta sepenuhnya di Malaysia iaitu di Shah Alam, Selangor.

Jelasnya, biskut BeCalm adalah sejenis functional food atau makanan tambahan yang mengetengahkan konsep snek sihat.

"Selain rasanya yang sedap, biskut ini juga membantu untuk keseimbangan hormon dengan kewujudan Ashwagandha KSM66 dan pelbagai bahan sihat lain. Secara umumnya, makanan ini menjadikan kehidupan seharian kita berfungsi dengan lebih baik.

"BeCalm Cookie datang dalam tiga perisa dan fungsi yang berbeza. Kita ada Chocolate Chip Sea Salt (Chillax), Speculoos White Chocolate (Mind Flex) dan Uji Matcha White Chocolate (Vibe On).

"Produk ini juga boleh didapatkan di aplikasi TikTok BeCalm, Shopee BeCalm atau hubungi kami menerusi Instagam kami @becalm.my," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram