MESEJ tular yang memaklumkan mengenai kenaikan gaji kakitangan awam menerusi aplikasi WhatsApp pada 25 Julai lalu adalah palsu.
Perkara itu disahkan Kementerian Kewangan (MOF) menerusi satu kenyataan di Facebook miliknya pada Selasa.
Kementerian berkenaan dalam masa sama turut menasihatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan berita yang tersebar tanpa sumber sahih.
BACA LAGI: Gaji penjawat awam patut naik ikut KPI, elak sikap 'malas' berlarutan — Pakar
Tangkap layar memaparkan mesej palsu mengenai kenaikan gaji penjawat awam.
“Layari portal dan saluran media sosial kami untuk mendapatkan maklumat yang terkini.
“Tidak pasti, jangan kongsi,” tulisnya.
Sebelum ini, tular tangkap layar satu mesej di WhatsApp yang mendakwa kenaikan gaji penjawat awam bagi tahun 2024 akan diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan akan datang.
Dalam pada itu, pengumuman kenaikan gaji itu juga didakwa akan dibuat pada 16 Ogos ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram