Pereka grafik, jururawat antara 7 diumum pemenang ganjaran utama Kempen Majoriti Langgan dan Menang


  • Massa
  • Selasa, 30 Apr 2024

Roslizam membawa pulang pulang hadiah utama berupa kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800.

TUJUH pemenang utama peraduan Kempen Majoriti Langgan dan Menang diumumkan pada Selasa.

Pereka grafik dari Johor Bahru, Johor, Roslizam Ramlee membawa pulang ganjaran utama iaitu kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor ditaja OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800.

Dua pemenang yang memperoleh baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (AEON) bernilai RM25,000 setiap seorang ialah eksekutif swasta, Jeevarupini Gnanendran dan jurutera marin, Ahmad Syamil Ahmad Termizi.

Hadiah kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM19,999 pula masing-masing dibawa pulang oleh dua pemenang iaitu pegawai pemasaran, Lee Yin Seong dan pengarah syarikat, Karyn Ong.

Sementara itu, dua individu yang berjaya memenangi pakej pelancongan untuk dua orang ke Taiwan bernilai RM10,000 ialah eksekutif teknologi maklumat, Amri Abd Aziz dan jururawat, Nooraini Mohd Nor.

Majlis pengumuman kesemua pemenang ganjaran dan hadiah utama Kempen Majoriti Langgan dan Menang itu diadakan di OSK Mori Park Sales Gallery, Shah Alam, Selangor, pada Selasa.

BACA LAGI: Percutian ke Taiwan hadiah paling bermakna buat 2 pemenang Kempen Majoriti Langgan dan Menang

Majoriti Langgan  Menang grand winners announcement at OSK Mori Park Sales Gallery, Seksyen 13 on April 30. - AZMAN GHANI/The Star

Seramai tujuh pemenang utama peraduan Kempen Majoriti Langgan dan Menang diumumkan pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group Bhd (SMG), Chan Seng Fatt berkata, beliau sangat berbesar hati untuk meraikan kesemua pemenang utama Kempen Majoriti Langgan dan Menang.

"Ketika kami melancarkan Kempen Langgan dan Menang pada Ogos 2023 yang lalu, matlamat kami adalah untuk mengubah amalan harian membaca menjadi sesuatu yang bermanfaat dan luar daripada kebiasaan.

"Hari ini ketika kami mengumumkan pemenang, saya dengan rasa bangga boleh menyatakan visi ini bukan sahaja berjaya dicapai tetapi juga berkembang dengan jayanya.

"Kempen ini juga bukan semata-mata hanya pertandingan, tetapi sebagai usaha untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai terhadap kandungan menarik buat pembaca.

Dalam pada itu, Seng Fatt berkata, Majoriti turut merekodkan peningkatan jumlah langganan dan pembaca sepanjang tempoh kempen tersebut diadakan.

BACA LAGI: 'Mahu belanja keluarga, sedekah', pegawai farmasi idam hadiah baucar beli-belah AEON RM25,000

Majoriti Langgan  Menang grand winners announcement at OSK Mori Park Sales Gallery, Seksyen 13 on April 30. - AZMAN GHANI/The Star

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SMG, Chan Seng Fatt.

Ujarnya, perkembangan itu secara langsung membuktikan peranan dimainkan Majoriti terhadap pembacanya semakin berkembang.

Menurutnya, tidak sekadar itu, situasi berkenaan turut mencerminkan kepercayaan mendalam orang ramai terhadap keupayaan Majoriti untuk menyampaikan berita dan kandungan yang adil serta menarik.

Pada masa sama, Seng Fatt berkata, kejayaan luar biasa kempen itu tidak mungkin dapat dicapai tanpa sifat bermurah hati dan komitmen rakan kongsi yang memberikan sokongan terhadap Majoriti.

"Bersama kami rakan kongsi yang dihormati iaitu OSK Property Holdings Bhd, AEON Co (M) Berhad, OGAWA Malaysia, Persatuan Pelawat Taiwan, Berjaya Starbucks Coffee, Chef Wan Group of Restaurants dan Spectrum Outdoor.

"Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sumbangan anda yang tidak ternilai kerana mempercayai visi Majoriti.

"Juga tidak lupa baucar percuma untuk setiap langganan sepanjang tempoh kempen daripada Berjaya Starbucks dan barisan restoran Chef Wan," ujarnya.

Majoriti's Langgan dan Menang grand winners announcement. —YAP CHEE HONG/The Star

Antara pemenang yang hadir pada majlis pengumuman hadiah utama Kempen Majoriti Langgan dan Menang yang diadakan di OSK Mori Park Sales Gallery, Shah Alam, Selangor, pada Selasa.

BACA LAGI: Pernah rasa diri tiada 'luck', pekerja IT tak sangka mudah menangi hadiah mingguan kempen Majoriti

Seng Fatt berkata, hadiah yang ditawarkan juga melambangkan kesyukuran dan komitmen Majoriti untuk memberikan pengalaman yang tiada tandingannya kepada pelanggan setia kami.

Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada OSK Property Holdings Berhad yang bersedia menjadi tuan rumah bagi majlis pengumuman tersebut.

OSK Mori Park merupakan kawasan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) pertama di Seksyen 13, Shah Alam yang menghubungkan pembangunan pelan induk ke LRT3, Stesen Stadium Shah Alam dengan jarak hanya lebih kurang 800 meter.

Mori Park merupakan perbandaran ikonik baharu yang menawarkan akses mudah ke pelbagai kemudahan awam sedia ada seperti kedai runcit, pusat rekreasi, kemudahan perubatan, institusi pendidikan dan pejabat.

Fasa 1 Mori Park yang dinamakan sebagai Alia, disasar akan dilancarkan pada suku kedua 2024. Kawasan ini merupakan pembangunan bercampur terdiri daripada 22 unit lot runcit, 76 unit flexi suite dan 812 unit pangsapuri servis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram