KERAJAAN bersetuju meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta bagi menambah baik fasiliti keselamatan di sempadan utara Semenanjung.
Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu perlu, dengan mengambil kira keadaan fasiliti keselamatan sempadan yang agak lemah ketika ini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan akan bertemu dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin pada 3 Ogos bagi membincangkan isu keselamatan negara dan ekonomi dua wilayah itu.
BACA LAGI: Perdana Menteri lulus peruntukan RM100,000 subsidi tambahan buat warga Felda
Anwar Ibrahim
“Pada 3 Ogos ini saya akan bertemu PM Thailand di Sungai Golok dan Rantau Panjang untuk bicara soal keselamatan sempadan dan rancakkan pertumbuhan ekonomi di utara Semenanjung.
"Untuk kemudahan itu, saya setuju luluskan peruntukan tambahan RM100 juta untuk sempadan Kedah, Kelantan, dan Perlis," katanya ketika merasmikan Bulan Keselamatan Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa.
Mengulas lanjut, Anwar turut mengarahkan agar prosedur kerajaan bagi usaha penambahbaikan itu dipermudah dan dilonggarkan.
"Namun, ditegaskan bahawa pembelian aset-aset keselamatan mesti dibuat dengan cara yang lebih tersusun dan terencana agar tatakelola dan tadbir urus perolehannya berintegriti serta menjimatkan kos kerajaan," katanya. — The Star/MAZWIN NIK ANIS, MARTIN CARVALHO
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram