Paris 2024: Regu nombor 1 negara naib juara Kumpulan A, tewas kepada China


  • Podium
  • Selasa, 30 Jul 2024

Kedua-dua pemain masih kekal positif dan mengakui mereka menikmati perlawanan tersebut.

PASANGAN beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, muncul naib juara Kumpulan A, Sukan Olimpik Paris 2024 selepas ditundukkan pilihan utama dari China, Wei Keng-Wang Chang.

Perlawanan penuh aksi di Porte de la Chapelle Arena pada Selasa menyaksikan mereka tewas 22-24, 14-21 dalam pertarungan yang berlangsung selama 42 minit.

Kedua-dua pasangan bagaimanapun berjaya melayakkan diri untuk beraksi di pentas suku akhir Sukan Olimpik Paris.

BACA LAGI: Dipilih pemain terbaik mingguan di Thailand, Dion Cools beri petanda baik buat Harimau Malaya

BACA LAGI: Faisal Halim kena simbah asid di pusat beli belah

badminton

Perlawanan penuh aksi di Porte de la Chapelle Arena pada Selasa menyaksikan pertarungan berlangsung selama 42 minit.

Dalam pertemuan dengan Wei Keng-Wang Chang pada Isnin, Aaron-Wooi Yik terpaksa bergelut pada set pertama untuk mengejar, hingga mengikat mata pasangan China itu kepada 20-20, namun gagal melakukan penyudahan sebelum tumpas 22-24.

Berdasarkan rekod, ini merupakan kekalahan ketiga Aaron-Wooi Yik dalam sembilan pertemuan bersama gandingan China yang juga penyandang juara Asia itu.

Menurut Aaron, walaupun tewas, kedua-duanya masih kekal positif dan mengakui mereka menikmati perlawanan tersebut yang dianggap menjadi medan latihan sebagai persediaan menghadapi misi lebih penting dalam aksi suku akhir nanti.

“Kami menikmati permainan dan bermain tanpa tekanan.

"Kami menganggap ini sebagai perlawanan latihan kerana masih ada beberapa perlawanan lagi," katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Sementara itu, Wooi Yik berkata, mereka akan cuba memperbaiki kelemahan masing-masing menjelang peringkat kalah mati bermula Khamis nanti.

"Secara fizikal, semuanya baik untuk kami. Kami menentang pemain nombor satu dunia dan pasangan teratas," ujarnya. — The Star/R.KIRUBASHINI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram