Bomba gemuk tak boleh naik pangkat, kena miliki berat badan ideal


  • 112
  • Isnin, 29 Jul 2024

Penetapan BMI akan menjadi kriteria utama kenaikan pangkat pegawai bomba. — Gambar hiasan

PENETAPAN indeks jisim badan (BMI) akan menjadi kriteria utama kenaikan pangkat pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad dilaporkan berkata, BMI yang ideal juga akan menjadi antara syarat bagi pemberian anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) dan pingat perkhidmatan.

Menurutnya, pendekatan tersebut bertujuan bagi memastikan setiap pegawai dan anggota agensi itu memiliki berat badan ideal untuk memenuhi tuntutan kerja yang memerlukan kekuatan fizikal.

BACA LAGI: 'Sebab tu kena ada ilmu', pembeli kena 'sekolah' lepas dakwa ditipu peniaga jual durian buruk

BACA LAGI: Pendeposit Tabung Haji patut dapat pampasan jika bukan kes kecuaian ditipu scammer — Pakar

"Seramai 1,900 orang atau 17 peratus daripada pegawai dan anggota JBPM dikenalpasti mengalami berat badan berlebihan.

“Sebahagian mereka juga didapati menghidap penyakit tidak menjangkit seperti tekanan darah tinggi,” katanya seperti dilaporkan Kosmo pada Isnin.

Jelas Nor Hisham, kesemua pegawai dan anggota bomba yang obes tersebut kini dalam perhatian JBPM melalui program ‘Wellness Hub’ yang dilancarkan pada Mei lalu.

Ujarnya, program ‘Wellness Hub’ yang kini dilaksanakan di 26 lokasi mula menunjukkan kesan positif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram