'Sebab tu kena ada ilmu', pembeli kena 'sekolah' lepas dakwa ditipu peniaga jual durian buruk


  • Massa
  • Jumaat, 07 Jun 2024

Isi durian yang rosak didakwa dijual oleh seorang peniaga di Kelantan baru-baru ini. — Facebook

DURIAN merupakan antara buah paling diminati majoriti rakyat Malaysia meskipun harganya boleh mencecah ratusan ringgit.

Buah itu juga kebiasaannya dijual secara segar atau sejuk beku selepas isinya dikeluarkan daripada kulitya yang tebal itu.

Peniaga juga selalunya akan membelah kulit durian dan menunjukkan keadaan isinya kepada pelanggan sebelum membuat pembayaran.

BACA LAGI: Pelaksanaan DGP sasar 1,000 majikan, tak terpakai untuk pekerja asing — KESUMA

BACA LAGI: Jadikan ulang kaji lebih mudah, tidak mustahil hologram digunakan di sekolah — NUTP

442509566_821786963345791_7308863293785414650_n

Kulit durian yang dibelah pada dua kawasan berbeza. — Facebook

Ia bertujuan mengelakkan pelanggan menerima isi durian yang rosak atau busuk apabila dibawa pulang.

Namun, tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir peniaga tidak bertanggungjawab menggunakan taktik licik dalam mengaut keuntungan ketika menjual durian.

Ia dapat dikaitkan dengan isu penipuan apabila terdapat seorang pelanggan apabila mendakwa telah ditipu penjual durian baru-baru ini.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook Dhiya Azeyra pada Rabu lalu, kegembiraannya untuk menikmati beberapa biji durian yang dibelinya musnah selepas mendakwa ditipu peniaga terbabit.

Dakwanya, peniaga itu dengan sengaja memilih dan membelah kulit durian pada kawasan yang tidak rosak.

"Pergi dekat Tanah Merah, Kelantan. Niat nak beli durian kampung saja la teringin. Sekali dapat buah buruk dah.

"Tergamak sungguh ambil buah, kopek belah lain tunjuk. Kita pun dah nampak elok ambil la, sekali balik rumah ada semut. Patutlah tengok cara ambil macam pelik, rupanya nak tutup yang dah kopek balik tu," tulisnya.

442499872_821787603345727_8072421019428564880_n

Jumlah isi durian masih dalam keadaan baik yang dapat dinikmati pelanggan terbabit. — Facebook

Dalam pada itu, rata-rata warga maya lain yang bersimpati dengan nasib pembeli tersebut menyarankan untuk lebih peka ketika membuat pembelian.

Mengulas lanjut, ramai juga menasihati peminat tegar durian agar mempunyai ilmu terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada ditipu peniaga.

"Sebab itu kena ada ilmu kalau nak beli durian ni, jangan beli secara melulu sahaja," komen Arissa Wan.

"Beli dan cubit rasa dulu sebelum masuk dalam bekas kita dan jangan beli buah yang dah siap kopek yang penjual masuk dalam bekas sebab buah tu tak manis cuma isinya nampak elok," cadang Saberi Din.

"Sebab itu saya beli durian suruh penjual kupas siap-siap. Benda di dalam kita tak tahu isi elok ke tak, dahlah beli jauh," ulas Fadzilah Omar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram