SEORANG remaja lelaki disahkan maut dipercayai terjatuh dari tingkat 20 bangunan pusat beli belah dekat Setapak, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira pukul 8.39 malam.
Menurutnya, mangsa merupakan seorang remaja lelaki tempatan berumur 16 tahun dan masih bersekolah.
BACA LAGI: Pelajar tingkatan 1 parah terjatuh bangunan sekolah di Kajang
BACA LAGI: Pelajar tingkatan 1 jatuh bangunan sekolah di Kajang meninggal dunia
Mayat remaja berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau memaklumkan, mayat remaja berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.
"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram