Pelajar tingkatan 1 parah terjatuh bangunan sekolah di Kajang


  • 112
  • Sabtu, 29 Jun 2024

Seorang pelajar dilaporkan cedera parah akibat terjatuh dari bangunan tingkat tiga sebuah sekolah di Kajang, Selangor. — Ihsan PDRM

MALANG buat seorang pelajar apabila dilaporkan cedera parah akibat terjatuh dari tingkat tiga bangunan sebuah sekolah di Kajang, Selangor pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira pukul 5.50 petang.

"Siasatan mendapati mangsa yang juga pelajar tingkatan 1 didapati terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan sebelum dikejarkan ke Hospital Kajang bagi rawatan lanjut.

BACA LAGI: [VIDEO] Remaja sempat ‘selfie’ sambil buli rakan sebaya, polis Betong buka kertas siasatan bawah Seksyen 323/506 KK

BACA LAGI: [VIDEO] Murid lelaki terkulai jadi mangsa buli geng samseng bermotosikal di Kota Samarahan

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan anggota badan akibat kejadian itu," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Muhammad Faizal Azizi di talian 011-16120032 dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang bagi membantu siasatan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram